Not To Stop

Only If I Change

Category: sahabat

Demi Ukhwah Ini, Aku Bersedia

Untuk ukhwah ini, maka aku bersiap sedia…
Aku tahu suatu hari nanti aku akan mencintaimu wahai sahabat
Aku tahu suatu hari nanti ukhwah kita kian bertambah erat

Aku yakin pada halangan yang bakal menanti
Lantas aku bersedia menghadapinya
Aku bekalkan jiwaku dengan persiapan ukhwah

Aku tahu kau tidak sempurna
Namun bukan sempurna yang aku lihat
Yang ku pandang hanya usahamu

Aku menjangka yang kau akan tersilap langkah
Maka aku bersedia lebih awal dari yang kau sangka
Mungkin nanti kata-katamu menyakitkan hatiku
Lantas aku bersedia lebih awal untuk memaafkan lekamu

Kau mungkin akan sakiti aku nanti
Aku bersedia untuk menerimanya tanpa rasa sakit sedikitpun
Air mukaku menenangkan jiwamu
Resah gelisah, ku cuba sembunyikan
Agar kau tidak rasa bersalah

Dan setiap kesalahan yang kau lakukan tidak ku mencaci
Tangan ini sedia memimpinmu
Agar kita mampu merasai ukhwah ini bersama

Duhai sahabat sekalian
Untuk cinta ini, aku keluar mencari bekalan
Suatu masa nanti ia akan menjadi keperluan

Bekal ini bukan untuk aku sahaja
Kita kongsikan bersama agar cinta tetap subur
Tumbuh dengan rendang
Menjadi teduhan orang beriman

Bukan untuk aku, bukan untuk engkau sahaja
Untuk kita dan ummah Rasul kita
Demi redhaNya yang menguasai cinta

Untuk engkau
Aku bersedia

Advertisements

Bersama tanpa pisah

Kita bersama tanpa berpisah

Tanpa resah gelisah

Jasad kita terpisah

Namun hati masih bersama

Seakan tidak kenal makna perpisahan

Walaupun aku dan kamu, kita tak berkongsi tanah

Terpisah dengan jarak

Masa menanti pertemuan

Namun kaki kita melangkah jalan yang sama

Jalan yang dikongsi bersama

Terpisah nun jauh di perantauan masing-masing

Hala tuju kita serupa

Kenal sejak kecil

Tak putus sesudah matang

Ada teman rapat di bangku sekolah

Tapi putus sesudah graduasi

Namun aku, kau, kita bukan begitu

Di mana saja tanah yang kita pijak

Kita tetap doa

Tetap berwaspada agar jalan kita sama

Benar

Kau memang teman sejati

Engkau seakan-akan sedang duduk bersama aku

Seperti sedang memerhatiku

Ketika doa, aku bagai terpandang wajahmu

Seakan-akan bersama

Bersama tanpa pisah

Rindunya

Kuantiti bersama Kualiti

“Rindunya kat sahabat-sahabat! Lama tak jumpa”

Ya konsep ini lah sebenar yang menyebabkan kita semakin berjauhan kerana apabila kita telah lama dan asyik bertemu, rindu tersebut kian hilang. Hal yang demikian adalah kerana ukhwah itu didasari oleh “lamanya tidak berjumpa.”

Hiasi hubungan atau ukhwah kita dengan matlamat yang suci, kenapa aku bersamamu. Kenapa aku merinduimu. Kenapa perlu aku mencintaimu? Jika kita telah sempurna matlamat dan niat kita berukhwah, barulah kita akan cinta sahabat kita dengan sebenar-benar cinta.

Biarlah badai melanda. Dipukul ombak, tebingnya tetap utuh. Ukhwah tetap bertambah kuat. Kerna yang diharapkan sesuatu dari ukhwah itu adalah sesuatu yang bersifat kekal. Harapan agar sama-sama kembali pulang pada Allah dengan selamat.

Mereka teman saling melindungi agar tidak tergelincir, agar tidak tersadung jatuh terhantuk. Agar tidak ada sakit luka dalam jalannya. Itsar menjadi kunci persahabatan mereka. Aku utamakan kau. tanpa mengharapkan satu apa pon dari engkau.

Cinta kita terjalin dengan fikrah yang sahih. Rindu ini bukan kerana cantiknya akhlakmu, bukan kerana banyak hartamu, bukan kerana panjang solatmu.

Aku mengejarmu, mendekatimu, kerana fikrahmu.

Jalanmu kuyakini jalan Muhammad SAW.

Aku benar yakin kau menggenggam tanganku menuju Rabbku.

Membuatkan aku semakin rindu padamu, membuatkan aku tidak jemu melayan kerenahmu, walau apapun akhlakmu, kudekatimu hanya kerana fikrahmu.

Ada teman rindu di dunia, di akhirat kelak menjadi musuh

Ada teman rindu di dunia, malah kekal hingga ke syurga

Wahai jiwa-jiwa yang penuh rasa ingin pada cinta, sucikanlah cintamu itu. Walau siapapon kita cintai, janganlah dibiarkan dasarnya nafsu.

Janganlah biarkan cintamu itu indah di dunia semata-mata. Namun biarlah kau mampu menyambung kembali, menulis lagi diari cintamu di syurga yang penuh ketenangan.

Kehidupan syurga hanyalah ukhwah

Seorang sahabat

sahabat yang mulia…

sahabat yang baik adalah sahabat yang sudi berteman walaupun dalam kesibukan. menjaga agar tak dilukai.

wahai sahabat…

hari ini mari kita baiki akhlak kita. dengan akhlak kita pasti terpelihara. mari kita ubah pemikiran kita bahawa ukhwah itu penting.

tegaslah dengan aku. dan ada masanya berlembutlah dengan ku. jangan;ah kau malu menyatakan cinta. bukankah kita mahu bersama. peganglah tanganku jangan kau lepaskan.

pukullah aku jika aku bersalah. jangan kau sembunyikan kesalahan ku. kerana itu membuatkan kita terpisah di akhirat.

SAHABAT…

Hanya Allah mengetahui cintaku terhadapmu

“Ana sayang anta”

sudah lama ku nantikan saat untuk mengucapkan kalimah cinta pada sahabatku…. kerana aku amat menyayangi mereka….

kini aku semakin jauh melangkah… dari satu ruang ke satu jalan yang lebih mendalam… semakin luas pandangan dan semakin banyak permasalahan yang aku lihat…. terutama masalah dalam Islam itu sendiri…. siapalah aku untuk dibandingkan dengan sahabat dan sahibah yang lain…. namun aku tetap merisaukan kalian… kerna aku melihat terlalu banyak perselisihan….

tiada apa yang aku harapkan… hanyalah satu… iaitu bersatu….

bersatulah wahai islam….

16 JUN 2010… the last post mortem… ibarat berada di dalam syurga… duduk di dalam satu bulatan… aku merindui perjuangan bersama kalian… 🙂

~Kenangan dan HIJAU~

baju HIJAU dikenakan…

berjalan dengan perlahan sambil mata yang terpejam menuju kearah musolla…

tika subuh selesai, bulatan tercipta membicarakan pelbagai hal…

sedang mentari terbit dari lindungan banjaran wangsa-bridge,

kaki mula melangkah kearah dewan makan yang penuh dengan rezeki dari Allah S.W.T….

terciptalah kembali bulatan persahabatan,

makanan dikongsi bersama,

disebalik cawan yang sedikit itu,

mereka menanti dengan penuh kesabaran…

tatkala selesai, rundingan dijalankan bagi menentukan pembasuh talam terbaik….

tangan yang bersambal dicuci…

buaian bersebelahan pokok mata kucing itu dibuai lagi…

mereka berehat sebentar sementara menanti tibanya waktu,

itulah waktu dimana…

bola dirembat kencang, ditampar dan ditimbang….

setelah perut kembali normal,

baju di ampaian dikutip,

kasut nike dan juga warrior disarungkan…

ketika gol penyamaan dijaringkan,

ketika spiker berjaya membuat tamparan terbaik,

ketika bola takraw dilipat,

laungan takbir memecah suasana pagi yang indah…

hari demi hari berlalu dengan pantas…

mata yang bersinar itu saling merenung….

tangan mulia itu menggenggam kemas…

kaki menjadi kaku, tidak mampu melangkah…

kerna hati yang sangat sayu…

tak mampu lagi menahan takungan air mata…

menangisi hari terakhir mereka bersama…

tubuh-tubuh itu saling berpelukan…

sayu kedengaran tangisan perpisahan…

mungkin suatu hari nanti,

mereka akan bertemu lagi….

InsyaAllah…

duduk sambil bersandar di atas singgahsana,

melihat sungai-sungai mengalir,

itulah syurga ‘Adn

mereka memakai pakaian sutera HIJAU….

Ameen………

Perjalanan seorang hamba

jiwamu mencari ketenangan abadi yang tiada penghujung… perjalanan yang kau tempuh semakin sukar… tak perlu kau takuti akan halangan yang bakal kau tempuhi… kerana Tuhan sentiasa bersama orang yang bersabar… sememangnya jalan menuju kenikmatan teragung itu terlalu sukar dan panjang…

🙂 sahabat…. perjalananmu baru sahaja bermula… jalan kita mungkin tak sama namun hala tujunya hanya yang satu… perjalanan yang kau tempuh adakalanya akan berliku-liku dan kadangkala penuh dengan duri… sebenarnya sahabat… itulah kenikmatan pengembaraan…

ketika ini kau sedang berada di atas jalanmu sendiri… sudah tentu aku tidak mengetahui di mana kau sedang berada… andai kata aku pergi lebih awal dari yang kau sangka… mungkin kita tak akan bertemu di persimpangan hadapan… namun kau teruslah berjalan… perjalananmu belum tamat…

perjalanan seorang hamba itu masih jauh… tapi aku mahu kau tahu… bahawa aku tidak tahu… dimanakah penghujung jalanku…