Ujian

by Ikhwan

Sering kita diuji
Oleh Dia yang Berkuasa

Dengan cinta pada sesuatu
Lalu Tuhan mengambilnya

Dengan benci pada sesuatu
Lalu Tuhan memberinya

Dengan impian
Yang belum tercapai

Dengan halangan
Yang tersusun di hadapan

Hadiahnya sangat ajaib
Dari Penguasa pemilik ilmu

Ditetapkan kegagalan
Dari jalan yang di benci

Ditetapkan permulaan
Atas jalan yang di impi

Dipulangkan kekasih
Dan hati kini bahagia

Dilepaskan musuh
Hari ini adalah kebebasan

Advertisements