Sampai Syurga

by Ikhwan

Image

Dari jauh aku bersahabat
Dengan insan dan insan
Dari sini luka terubat
Sahabat teman perjuangan

Bersandar di bahu
Bukan hendak mengadu
Meluah semua hasrat rindu
Ini jejak orang terdahulu

Sang sahabat malu berkata
Aku cintakan dia wahai Nabi
Andai benar, hapuskan rahsia
Wahai sahabat, kau sangat ku cintai

Separuh kalian terasa geli
Separuh sisa menyentuh hati
Yang geli itu musuh
Yang sentuh itu kukuh

Permainan dunia putar belit
Kau hadir saat aku sulit
Tetap bantu walau sedikit
Asalkan manis dalam pahit

Ibrahim Adham sangkanya mulia
Tidak dicari hitam dan karat
Sahabat itu bagai mutiara
Berbaik sampai akhirat

Inilah dia jalan kami
Jauh tetapi selari
Dekat saling mengasihi
Hulur tangan demi Ilahi

Dunia cemburu ukhwah kami
Syaitan memusuhi kami
Wahai sahabat jangan berhenti
Kampung asal sedang merindui

Advertisements