Muslim Adalah Harapan Islam

by Ikhwan

Kalau nabi dahulu mengajak setiap sahabat beriman pada Allah, maka tugas kita hari ni pon tak berubah dengan cara baginda juga. Iaitu ajak semua beriman pada Allah.

Tak kisah siapa yang menjadi pemerintah, Islam meminta khalifah. Dan muslim tetap merindui dunia yang ditadbir oleh sistem khalifah. 

Tugas seorang muslim tidak akan dipikul oleh orang lain kecuali orang muslim itu sendiri. Maka sudah menjadi tanggungjawab muslim untuk mengembalikan sistem khalifah. 

Setiap individu akan disoal di akhirat kelak, tentang misi dan visi kehidupannya di dunia. Setiap parti dan gerakan akan disoal gerak kerjanya bermatlamatkan apa. Setiap pemimpin akan disoal kepimpinannya berprinsipkan apa. 

Maka setiap individu, gerakan, dan pemimpin Islam, matlamatnya adalah keredhaan Allah, cita-citanya adalah terbentuknya negara Islam.

Di dalam negara tersebut memiliki sistem yang dapat membentuk peribadi muslim. Sistem yang dapat membaiki kehidupan rohani, kerana rohanilah yang akan mendorong jasad dan akal supaya kembali kepada paksi kemanusiaan.

Anda telah mengaku diri anda muslim, ayuh! buktikan anda benar-benar muslim, dengan memikul amanah seorang muslim. Memikul tanggungjawab yang digalas oleh para sahabat terawal. 

Peringatan ini tidak terfokus pada parti dan gerakan sahaja, sebaliknya individu-individu yang mengatakan dirinya adalah orang Islam. 

Jika ditanya adakah anda muslim, anda pasti mengaku anda adalah muslim. Ya, kerana agama Islam itu layak kita bangga dengannya, dan banggalah menjadi muslim. Namun merasa hinalah jika kita tidak melaksanakan Islam dalam kehidupan.

Sudahkah anda laksanakan tuntutan Islam yang lebih utama? 
Sudahkah anda menilai solat anda?
Sudahkah anda perhatikan berapa bahagian dari gaji anda untuk diinfaqkan?
Sudahkan anda memberi peringatan pada keluarga?
Sudahkah anda menjaga saudara seagama anda?
Sudahkah anda menghormati jiran, dan melayan tetamu dengan layanan istimewa?

Sudahkah anda mengikut jejak langkah nabi, misinya, cita-cita dan harapannya, akhlaknya, gaya hidupnya, tutur katanya, dan sudahkah anda cinta apa yang baginda cinta? 

Jika belum, ayuh! kita berlumba menjadi muslim sebenar.

Advertisements