Brainwash

by Ikhwan

Seekor tikus tak perlu keluar dari sarangnya jika yang dicari bukan lagi keju sebagai makanannya. Hanya itu matlamat ia keluar.
Setiap kali melihat tikus merayau, cari makan la tu. Tikus juga ada matlamatnya.
Namun matlamat kita tidak setaraf dengannya. Bukan sekadar keluar mencari makan sahaja.
Benar. Sehingga hari ini masih ramai, bahkan majoriti besar, masayarakat muslim juga hanya hidup untuk makan. Begitu rendah matlamat.
Saya terkenang pesan Dr Azizan, cita seorang pemuda sangat tinggi. Saya membayangkan menara. Dongak ke atas untuk melihat ia mencakar langit yang tinggi. Wah. Hebat jika punyai matlamat sebegini. Hidup ini bukan macam lembu. Sibuk hendak makan dan minum. Bukan hendak main sepanjang masa. Tetapi hidup ini ada tujuan. Tujuan yang nak kena laksanakan sebelum menghadap Ilahi.
Kehidupan ini tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah. Tunduk patuh pada ajaran terulung ini.
Kita gemar mengambil kehidupan yang sentiasa berubah kemudian merungut, mengapa aku tak dapat nak kekal jadi hebat? Bagaimana hendak kekal jika kita meninggalkan sistem terulung dan mengambil sistem yang sering berubah. AlQuran itu setelah 1400 tahun tidak pernah berubah. Mengapa tidak memilih Furqan ini sebagai panduan dan jalan.
Matlamat yang selaras dengan kaedah yang benar, akan membuahkan keredhaan Allah.
Berbalik kepada matlamat tadi, supaya kita dapat menjadi hamba Allah yang disayangiNya. Maka adalah wajib untuk mengambil apa yang Ia telah tetapkan.
Sayang sekali, minda kita terlalu ke belakang. Sehingga dikaburi dengan gaya hidup yang keliru. Tidak tahu berada di mana.
Dan ada juga yang tidak keliru namun jenis tak ambil kisah. Tidak pernah sedar dan risau bahawa masa sedang memakan usianya. Namun dia sedang jauh dari penciptanya.
Kita telah jauh berhalusinasi dalam dimensi yang tidak bertuhan. Malah bertuhankan jahiliyah. Sistem telah menguasai minda.
Jadilah hamba Allah yang sentiasa membaiki diri dan mempertingkatkan diri menuju redha Allah. Adakah kita menilai setiap amal kita apakah diredhai Allah atau tidak? Saya sangat merasa hairan. Melihat mereka ini hati menjadi kosong. Bangun dan tidur hanya untuk dunia. Kitab para ulama diabaikan. Tak pernah terlintas untuk membacanya. Apatah lagi nak membeli. Pemikiran telah terperangkap dalam sistem yang jahil dan merosakkan. Hati telah disiapkan untuk menerima jahiliyah. Datang saja satu sistem jahil yang baru, terus terima bulat-bulat tanpa siasat terlebih dahulu. Barat amat menyukai sekiranya kita berhenti berfikir.
Mereka ini secara terang mengangkat diri mereka sebagai muslim, tetapi jika kita melihat kaedah yang mereka guna untuk menyelesaikan masalah, ia tidak pernah kembali pada Quran dan Sunnah.
Inilah tahap kita. Hala tuju yang terlalu singkat. Cita-cita kita hanyalah dunia. Dan akhirat hanya ada dalam angan dan mimpi. Dan tidak pernah pula masuk ke dalam plan tindakan.

Advertisements