Wake Up Ringtone

by Ikhwan

Pagi yang cukup indah. Tak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa kehidupan seharian seseorang itu bergantung pada paginya. Ya bangun pagi memang seronok.

Di waktu pagilah anda dapat merasai kehidupan yang sempurna. Semua perkara mampu diselesaikan. Dan di waktu siang kita teruskan dengan kerja yang lain pula.

Jom kita set jam untuk gerak kita awal pagi. Jadi kita boleh mula bekerja seawal waktu.

Tapi jangan pula tidur lewat. Kita tahu paling kurang kita tidur 6 jam. Sebab belum biasa tidur yang pendek.Jadi janganlah kita tidur lewat, tapi target nak bangun awal. Itu perancangan yang menipu diri sendiri.

Tetapkan waktu tidur. Salah satu sebab untuk dapat konsisten bangun awal adalah dengan tidur pada satu waktu sahaja. Jika pukul 10 malam, esok dan lusa juga kena tidur 10 malam. Dan tindakan sebegini akan mengurangkan jangka masa tidur kita. Dari 6 jam ia akan turun sehingga 5 jam sahaja. Namun jika kita tukar-tukar time tidur, sukar kita nak latih tidur singkat.

Tidur itu perlu. Kalau tak tidur nanti tak sihat. Tidur awal, boleh bangun awal dan boleh sambung buat kerja. Tak perlu nak tidur lewat. Sama saja. Bangun lewat juga.

Bekerja pada waktu pagi lebih baik. Otak sudah segar. Minda sudah kurang serabut. Kerja akan bertambah kualiti. Apatah lagi jika pagi anda dimulakan dengan 2 rakaat tahajud dan bacaan al-quran. Pagi anda complete umpama roti canai dan teh tarik satu set. Tak perlu nak paksa diri buat banyak rakaat sehingga jemu. Mula dengan 2 rakaat. Hayati solat tu. Nanti ia akan bertambah menjadi 4 dengan jasad dan jiwa yang bersedia.

Mandi awal pagi. Ramai yang kata terlalu sejuk. Cuba jugak. Sebab mandi waktu ni memang bagus. Anda pergi ke masjid untuk solat subuh dengan bersih berbanding anda tidak mandi. Kita ini umat Muhammad. Semua yang saya ceritakan ini, Muhammad laksanakan. Jika ingin menjadikan ia sebagai ikutan, jom ikut sunnah!

Advertisements