Bleeding society

by Ikhwan

Masyarakat kita parah. Mereka anggap dunia ini kekal. Lalu mereka hidup hanya untuk dunia. Siapa yang akan mengubah mereka?

Imam kita di masjid masih lagi berulang kali memberi tazkirah taharah. Bagaimana masyarakat kampung mampu menzahirkan taharah itu jika iman belum subur.

Negara semakin kucar kacir dengan sistemnya. Siapa yang akan turun membaikinya? Mereka gentar hendak turun setelah mendengar fatwa menentang pemimpin.

Jika sistem ini tidak mampu mendidik anak-anak muda. Mengapa kita tetap serahkan anak muda ini pada sistem. Di manakah peranan rakyat yang bertanggungjawab.

Jika beginilah negara, dunia juga akan hancur. Sudah cukup dengan apa yang kalian rosakkan. Kalian tidak akan mampu melaksanakan sistem islam. Kerana kalian sendiri tidak cintakan islam.

Advertisements