Ukhwah terus mekar

by Ikhwan

Tidak mekar jika henti menyiram
Tidak cantik jika dibiar tumbuh lalang
Tidak seri jika tidak dibaja

Dari persahabatan ini aku mula mengenal kehidupan
Lebih indah dari perbualan kosong
Sepatah ayat biasa terasa penuh dengan cinta

Sudah letih untuk sekadar berkawan
Kerana tidak ada nilai yang tinggi
Ayuh kita menjadi sahabat dan saudara

Disini ternyata hubungan lebih intim
Matlamat dikongsi bersama
Kehidupan atas jalan yang serupa

Bersua muka bukan hendak gosip kosong
Penuh luahan dan rancangan kehadapan
Agar kami mampu bersama lagi

7 mac 2013 dengan kaki yang sakit ini
Aku gigih berjalan dibelakang sahabat-sahabat
Hati ini menjerit bukan kerana sakit kaki

Tetapi kerana aku tertanya pada Penguasa Akhirat
Adakah aku akan bersama mereka lagi
Adakah ukhwah ini akan diredhai ke syurga

Dari jauh ini aku melihat setiap susuk tubuh
Aku rindu wajah dan suara mereka
Aku rindu untuk terus bersama mereka

Hari ini aku menjadi hairan
Mengapa aku bosan dengan yang lain
Mengapa aku jadi rindu pada mereka lebih

Jelaslah ini bunga kehidupan beriman
Iman memberi aku ketenangan
Iman mewarnai ukhwah kami

Gurauan kami tidak bermaksiat
Kesilapan kami segera diperingat
Melihat kalian aku teringat akhirat

Inilah ukhwah yang aku cari
Di sini kita bersama berkongsi rasa kehidupan
Di sana nanti kita beristirehat di bawah pohon akhirat

Wahai yang Maha Mendengar, dengarlah doa kami
Kami minta diampunkan dosa wahai sang Pengampun
Makbulkanlah doa kami, satukanlah kami.

Advertisements