Tokoh Transformasi

by Ikhwan

Bila memikirkan bagaimana teh susu menjadi manis adalah kerana kepekatan susu itu sendiri. Sedikit saha yang dituangkan kedalam teh sudah cukup untuk membuatkan minuman petang anda menjadi lazat. Dan susu pekat ini bertindak sebagai pengaruh kepada keseluruhan sistem teh tersebut. Teh mempunyai rasanya yang tersendiri. Namun tanpa kehadiran susu pekat yang mampu mengubah rasanya, mungkin hari ini kita tak kan dapat merasai kelazatan teh susu.

Cuba bayangkan betapa hebatnya generasi arab badwi seketika dahulu yang hanya tinggal di padang pasir bertemankan unta. Senyuman unta sahaja yang mereka lihat. Bukan pula bangsa bangsawan. Berteduh pula di pohon tamar dan makan apa yang dapat dari kebun tamar. Ada yang datang dari kalangan hamba yang berkhidmat sepenuh masa terhadap tuannya. Ada yang dari kalangan orang susah fakir miskin tiada makanan. Lihatlah. Lihat bagaimana kehadiran manusia hebat, seluruh dunia mengucapkan salam dan selawat kepadanya setiap masa. Mereka yang dari golongan yang insaf serta sedar, golongan yang perihatin pula bukan sekadar selawat malah mengikuti jejak langkah jalannya. Dialah Muhammad SAW.

Baginda dengan karakternya, dengan gaya hidupnya, dengan kelainan dalam sentuhannya, telah berjaya melahirkan satu generasi kampung yang hebat. Dan generasi ini pula telah berjaya membentuk sebuah sistem negara dan tamadun yang hampir seluruh dunia kenal dengan nama sistem khalifah. Sistem islam.

Lebih hebat dari susu yang memaniskan teh, baginda mampu membentuk satu generasi yang semuanya hebat belaka. Generasi yang kita boleh menggali hikmah-hikmah mereka. Generasi ini bukan golongan biasa. Mereka ada perwatakan menarik kerana telah diasuh oleh pendidik yang dijaga oleh Allah SWT.

Tokoh ini, dimanakah Baginda dalam kehidupan kita. Kita kononnya dengan segala gerak kerja transformasi, namun kita sendiri kabur dengan makna perubahan. Kita dungu dengan perubahan. Lalu kita pon bergerak mengubah kepada ‘lebih baik’. Maka ‘kelebihan’ itu tadi mula menampakkan rosak dan punahnya. Membina bangunan dengan kayu yang rapuh.

Sedangkan kita telah ada sistem yang baik. Kita sudah ada panduan. Kita tahu ia adalah panduan untuk kita. Tapi kita tak ikut. Kerana? Kita lebih suka ikut sistem yang diada-adakan oleh pemikir-pemikir yang turut dungu bersama minda dan hatinya yang entah ke mana-mana saja. Lalu menjadilah kita, tamadun yang hancur.

Kita ada peluang untuk mengikut Raja kepada segala raja-raja. Raja seluruh planet dan galaksi. Raja syurga dan neraka. Akhirat milik Raja itu, tempat dimana manusia hanya perlu akur 100% terhadap apa yang ia perintah. Di sinilah peluang untuk ikut aturan yang Dia yakni Allah SWT telah tetapkan. Aturan yang membawa kesejahteraan.

Hairan. Hairan bagaimana kaum kristian juga boleh rasa aman dengan pemerintahan Sultan Salahuddin. Beliau telah melaksanakan sistem pemerintahan islam, sistem seluruh alam dapat merasai nikmatnya bersama. Hairan bagaimana serigala boleh menjaga kambing-kambing sewaktu zaman Umar bin Abdul Aziz.

Sungguh hairan mengapa kita hari ini tidak mahu cuba mengikuti sistem yang mereka dulu telah laksanakan, sistem yang telah terbukti kebahagiaannya. Sungguh hairan mengapa kita mahu mencuba yang baru. Yang dicipta oleh manusia, makhluk lemah.

Ayuh pemikir, ayuh pendakwah, ayuh pentadbir, kita ubah pemikiran. Kita ubah sistem. Jika hari ini anda salah, dan merasakan sistem anda salah, saya mengajak anda mencuba sistem baru. sistem islam. Anda akan merasai nikmatnya.

Advertisements