Mantra Bergulung Lidah

by Ikhwan

Petang tadi saya berzikir sebentar. Amalan harian lepas solat saya akan zikir. Tasbih, tahmid, takbir, tahlil, istighfar dan sebagainya. Dah menjadi kebiasaan. Hakikat kebiasaan memang sudah kita kenal.

Bila kita keluar rumah kita terus sarong kasut tanpa fokus pada kasut tadi. Sebab setiap hari berulang kali sarong kasut.

Tapi kali ni berbeza. Zikir petang tadi sekadar menggerakkan bibir dan menggulung lidah. Sedar-sedar dah habis baca. Berapa kali pon tak tahu apatah lagi makna apa yang terlintas difikiran. Macam baca mantra kata Sayyid Abu Ala Maududi. Ini memang selalu terjadi pada kita.

Syeikh-syeikh islam dulukala selalu berkata jika nak beramal dengan sesuatu amalan, duduklah sebentar dan beri ruang untuk menumpukan minda pada apa yang sedang kita buat.

Saya tertarik dengan kata-kata hebat dari buku “succes factor” oleh John Leach, “living in the moment”. Kadangkala kita tidak “live in the moment”. Kita lebih suka hidup dalam fantasi angan-angan beberapa masa ke hadapan. Sebaiknya kita hidup di saat sekarang.

Pensyarah kejuruteraan pembuatan Dr. Radzi pernah cakap, time is only now. If you ask when is time? Time is now. Its like a flash of light. Zussss! Flow very fast. Time is now. Live now. Be now.

Oh baru terfikir. Betul juga. Kena ada rasa macam ni. Masa tu penting. Untuk kita berada dalam keadaan sentiasa sedar. Bila sebut tasbih subhanallah sehingga dapat merasai Maha Suci Allah itu. Tahmid yang tidak dilitupi sifat pura-pura.

Jika tidak setiap bacaan itu tadi hanya akan menjadi mantra yang tidak difahami lidah sendiri. Hatta dalam solat sekalipun perlu memberi tumpuan yang jelas.

Seorang sahabat pernah berkata pada temannya. “Aku tidak khusyuk dalam solatku.” “Adakah engkau memikirkan soal dunia?” Dengan marah ia berkata “aku lebih rela ditikam tombak dari memikirkan dunia.” Lalu temannya bertanya apakah yang membuatkan ia tidak khusyuk. “Kerana aku terlalu memikirkan Allah sehingga tidak sedar apa yang aku baca.”

Jelas di sini fiqh dalam solat adalah memahami apa yang dibaca. Khusyuk itu adalah penting. Hasan AL-Basri mengatakan bahawa ilmu yang utama adalah ilmu khusyuk.

Ayuh tingkatkan tahap khusyuk kita. Hebatnya orang yang khusyuk seperti Muhammad SAW. Ketika baginda dihunus dengan pedang oleh musuh islam, “siapakah yang akan menolong engkau?” Dengan tenang baginda menjawab “Allah!”. Bagaimana jawapan sebegini mampu muncul dari mulut secara tenang dan lancar. Bagaimana pula jika ada gangster yang mengacu pistol ke muka kita? Mampukah kita berkata seperti baginda dan meyakini sepenuh hati, sekiranya seluruh minda dan hati tidak tertumpu kepada Allah setiap masa.

Jom Khusyuk!!!

Advertisements