Power Of Faith

by Ikhwan

Dengan iman, nasi goreng biasa akan jadi lebih sedap. 

Bunyi macam tak da kaitan.

Cuba makan nasi goreng di hotel dan nasi goreng di kampung. Di hotel ada resipi rahsia sebab kadangkala hotel guna bahan mahal. Seasoning yang mahal. Tapi bila ada iman, masyarakat beriman, resipi rahsia tadi akan sampai ke kampung. Bahan makanan yang mahal tadi akan dapat dijual dengan murah. Kerana sistem ekonomi berjalan dengan baik. Penyusunan ekonomi yang kemas menyebabkan rakyat dapat menikmati semua kemudahan bersama. Ini kerana ekonomi dan negara dipimpin oleh raja yang beriman, yang gentar kepada Allah. 

Jangan hairan kalau islam boleh buat tukang sapu sampah pakai iPad. Kerana sistem islam ini adalah sistem yang dicipta oleh Maha Pencipta kepada ciptaannya yang Dia sangat fahami bahawa makhluk ciptaannya amat memerlukan kepada sistem namun ciptaannya banyak kelemahan untuk membina sistem sendiri, lalu dia memberikan bantuan yang terbaik iaitu sistem yang terbaik, sistem islam. 

Advertisements