View From The Height

by Ikhwan

“Bila masuk Kuala Lumpur, nak tengok langit pon tak nampak dah. Nampak bangunan ja.”

Kata-kata kawan saya ni membuka minda saya. Terfikir pulak hari ini diri saya dikelilingi dengan bangunan-bangunan besar. Tak dapat nak lihat lebih jauh. Tak dapat tengok matahari dan langit. 

Bangunan-bangunan ini umpama manusia hebat di sekeliling saya. Yang merisaukan saya adalah mereka hanya akan terus mengelilingi saya, melindungi pandangan indah saya. Kerana itu saya berharap paling kurang dapat berada di atas bahu mereka. 

Saya hanyalah makhluk kerdil. Menumpang di bahu kalian adalah kerahmatan. Melihat kembali matahari dan langit adalah keberkatan. Jangan biar saya panjat sendiri kerana itu hapusnya adab. 

“dwarves on the shoulder of giant”

Advertisements