Buku Dan Baca

by Ikhwan

Lama rasanya tak menulis. Sebab kebelakangan ni kurang membaca. Bila kurang membaca kita akan rasa susah nak menulis. Sebab tu kena baca.

Kalau sehari baca 10 mukasurat.
Setahun akan jadi 3650 mukasurat.

Kalau sehari baca 50 mukasurat.
Setahun menjadi 18250 mukasurat.

Jom baca buku.

Sesetengah orang tanya saya macam mana nak berubah, macam nak menjadi begitu dan begini, macam mana nak buat itu dan ini. Saya melihat kembali paksi hidup saya mengapa jadi sebegini. Lain orang lain ceritanya. Lain pula sejarah dan langkahnya. Semasa mula-mula ingin berubah dahulu, niat ingin berubah itu tidaklah benar-benar mantap. Namun perkara utama dan pertama yang meresap kedalam diri adalah suka pada buku. Dan suka juga membaca. Pantang saya lihat buku pasti akan beli. Tak mungkin saya akan masuk kedai buku 5 minit dan keluar. Paling kurang 30 minit. Saya memahami kehidupan melalui buku.

Erti kehidupan dalam diri nabi menjadi jelas ketika Jibril a.s. memeluknya seraya menyarankan bagi menyebut Iqra’ (bacalah). Dengan membaca ia membuka ruang berfikir. Dengan berfikir kita dapat menjana jalan-jalan. Dengan menbaca akan menempatkan kita atas jalan yang kita faham ianya baik. Tingkatkan kefahaman, anda pasti berubah.

Bila saya sentuh buku, saya rasa ada tenaga lain yang terkandung dalamnya. Seperti teori hukum pertama termodinamik, tenaga tidak boleh dicipta atau dihapuskan, tetapi hanya boleh dipindahkan. Namun dalam buku, tenaganya senantiasa terhasil. Dari tidak ada menjadi ada. Dan menanti waktu untuk dipinda kepada siapa yang menyentuhnya, membaca dan cuba memahaminya. Semakin keras usahanya, semakin ia faham.

Jom baca!

Advertisements