Separa sedar

by Ikhwan

Hidup ni kita terdedah dengan macam2 benda dan perkara. Things and events. Kita tak suka orang ambil hak kita. Itu maknanya kita concern dengan diri kita. Hak kita. Kita concern dengan cita rasa kita. Hari ni nak makan apa, pakai baju apa dan sebagainya. Tapi kadangkala semua ni berlaku di luar tahap kesedaran kita. Macam kita pakai kasut dan tanggal kasut. Bukan isu besar pon sebab selalu kita ulang perbuatan tu. Tapi bila kasut tu hilang, baru minda kita jadi aktif fikir kat mana.

Minda ni bersifat “cognitive”. Dia akan ada paras kesedaran, pemahaman terhadap sesuatu, reaksi terhadap sekeliling, tindak balas dan tempat memproses.

Saya berminat nak cerita tentang ni sebab kadangkala kita ni belum ada pengetahuan nak menggunakan minda secara optimum. Guna secara tepat. Tidak keterlaluan dan tidak terlalu terbiar. Ada perkara yang kita boleh buat secara separa sedar. Tapi hampir ke semua perkara perlu kita laksanakan secara sedar.

Bagi beberapa saintis, mereka berpendapat bahawa perkara yang diulang selalu akan menjadi “unconscious action”. Pertama kali kita belajar kayuh basikal, minda kita akan tertumpu hempir keseluruhan terhadap pemanduan dan sedikit sahaja terhadap sekeliling. Sebab tu masa kita baru belajar naik basikal, mak kita lepas kita, kita rasa takut. Masa tu, kalau mak kita pesan sesuatu atau bagi arahan, kita tak dapat nak fokus pada arahan tu lagi, sebab minda kita tengah fokus pada kayuhan kita. Tak lama kemudian lepas kita mahir, minda kita dah tak fokus lagi pada kaki, kayuhan, balancing, dan lain2. Kita dah boleh enjoy, layan feeling sambil kayuh laju2. Dan dari sini timbul fakta atau pendapat bahawa jika kita nak kuasai sesuatu perkara, kita perlu jaga conscious kita agar tidak terlalu menumpu kepada satu perkara. Sebaliknya menguasai kesemua perkara yang wujud di sekeliling kita. Dengan itu kita akan kuasai skill dengan lebih cepat jika kita dapat menganalisa sesuatu data yang diberi.

Ini sekadar nk cerita tentang bagaimana minda kita beroperasi. Namun dengan situasi ni, bila minda kita terputus dari konsep fokus, sedar dan tumpu ini, kita lebih mudah untuk lalai. Membiasakan otak kita tidak fokus akan menyebabkan kuasa tumpuan pada otak kita akan berkurang. Ada pendapat mengatakan bahawa ianya satu pembaziran tenaga untuk kita fokus pada perkara mudah seperti menyarungkan selipar ke kaki. Namun bagi orang yang memberikan tumpuan walaupun kepada isu yang mudah2 begini, otaknya lebih cepat beroperasi ketika mempunyai sesuatu masalah. Jika kita kehilangan selipar, kita akan mencari di mana2 saja, sedangkan orang yang fokus dengan di mana dia tinggalkan selipar tadi, dia tak perlu membazir masa dengan mencari. Kerana kadangkala bukan selipar itu hilang, tetapi kita yang terlupa. Minda yang subconscious ini akan menyimpan data secara tidak tersusun. Tempat letak kasut ada banyak. Jika kita tinggal kasut kita di suatu tempat dan tidak fokus, minda kita akan memproseskan bahawa kasut kita, ada di rak kasut. Bukan memproseskan bahawa kasut kita ada di rak kasut A atau rak kasut B. Kerana itu minda yang beroperasi secara spesifik itu sangat perlu.

Ini perihal selipar dan basikal. Lihat mentaliti kita. Perkara sebengini pon kita tidak memberi tumpuan apatah lagi terhadap perkara yang lebih besar. Dan kita sering menganggap perkara kecil itu tidak membawa apa2 makna, sedangkan perkara kecil itulah yang akan memberi impak yang lebih besar.

Mengapa saya bercakap tentang ini?

Kerana pada pendapat saya, kita semua percaya bahawa kita ada hubungan dengan tuhan kita Allah SWT. Hubungan ini walaupun lahirnya dengan keikhlasan dalam hati, namun kesannya perlu ditampilkan bersama perbuatan zahir, bukan sekadar batin. Saya kemukakan satu contoh yang mudah untuk membuka keprihatinan minda anda. Setiap hari kita pakai selipar. Dan orang kafir juga pakai selipar. Apa bezanya? Sama ja. Yang membezakan hanya apabila kita memfokuskan minda kita bahawa kita pakai kerana Allah. Hati akan jadi tenang. Kita ada sebab dan kita jadi lebih bersyukur. Kita ada perbezaan.

Fokus itu penting…

Ada yang mengatakan separa sedar itu bukanlah satu situasi di mana segala tindakan menjadi silap. Benar. Namun pada pendapat saya, orang kurang akal, atau tidak sedar langsung, kita kalau boleh tak nak jadi macam tu. Jadi, apa2 yang mendekati kepada tidak sedar, pendek akal dan sebagainya adalah tidak patut dilakukan. Sebaliknya kita kena berusaha menjadi orang yang sentiasa sedar. Ibarat kita solat tetapi otak kemana-mana saja. Bagaimana kita katakan solat kita khusyuk?

Jom fokus minda…

Advertisements