Fundamental Revolution

by Ikhwan

Perubahan sepatutnya bermula dari dasar. Apa gunanya memotong ranting yang reput dan rosak jika pohon ditanam di tempat yang salah. Apa guna berharap pada buah jika pohon tidak disiram. Ibarat sungai yang keruh sudah pasti berpunca dari atasnya.

Mendidik anak bangsa yang sudah diperingkat umur yang liat untuk berubah, sepatutnya pendidikan bermula dari rumah. Sejak lahir dan masih bayi sudah diajar dengan baik. Diasuh dengan contoh dari ibu bapa. Hari ini, di mana ibu bapa sebagai golongan pendidik?

Untuk mengubah dunia ini menjadi satu tapak persedian sebelum berangkat ke akhirat sebagai lapangan jawapan sama ada ke syurga atau ke neraka.

Ibaratkan dunia ini sebagai satu platform. Di pimpin oleh manusia yang sedia ada. Dan masih ada roh yang menanti untuk menjadi bayi. Setiap saat pasti ada bayi yang lahir. Mereka ini penghuni baru di dunia ini. Mereka hadir ke dunia dengan minda yang kosong. Apa yang kita persiapkan untuk mereka? Ibu bapa memainkan peranan penting. Usia 5 dan 6 tahun mereka pergi ke tadika, taski rumah asuhan dan sebagainya. Sekejap saja, pulang ke rumah kembali bersama ibu bapa. 6 tahun awal ini adalah 6 tahun paling penting bagi menjamin persediaan anak-anak bumi. Sebelum mereka memilih karier sebagai anak-anak akhirat.

The Babies Down To The Earth….
So what is our plan to develop them?

Secara serius saya berpendapat, anak-anak ini tidak akan bercita-cita untuk menjadi pemuda pemudi akhirat jika mereka tidak memiliki ibu-bapa yang juga memegang cita-cita tersebut. Dan saya amat yakin kita akan ketandusan ibu bapa seperti ini, jika pemuda dan pemudi, remaja-remaja, pelajar-pelajar, golongan bujang yang ada pada hari ini, tidak memahami erti kata keluarga dan masa depan.

Keluarga dan masa depan.
Satu peluang keemasan.
Peluang ke syurga….

Kita lihat hari ini pemuda kita tidak ada kualiti. Jatuh hati kepada pemudi sekadar dahagakan rasa cinta. Rasa sunyi yang memerangkap diri. Tidak ada persediaan langsung bagaimana hendak mengurus anak yang bakal lahir. Bapa… Istilah bapa tidak pernah terlintas dalam fikiran remaja. Yang ada pun hanya segelintir. Golongan yang tahu tentang masa depan. Yang saya maksudkan kualiti ini adalah dari pandang sudut pemahaman tentang kekeluargaan.

Kahwin… Wujudkah kahwin tanpa anak? “Sudikah kamu terima saya?”… Si wanita tersenyum tanda terima… Bahagia perkahwinan berlangsung… “kita nak honeymoon mana ya?”.. “mana pon tak kisah ikut abang..” “Alhamdulillah comel anak kita…” “Ni apa nak?” “Ini aaayammm” ” Pandai anak mak baca” Kemudian si anak mula meningkat dewasa. Tanpa diberi pendidikan utama. Yang tahu hanya ayam dan ayam. Makan pon cuma cari ayam. “Ayah jom jalan-jalan” “Ishhh ayah sibuk nih…”

Keluarga itu satu institusi. Kita tahu bukan, hendak menubuhkan sebuah universiti memerlukan dasar perancangan yang benar-benar kukuh. Atau pun saya beri contoh, kita hendak merangka sesebuah program atau majlis memerlukan perancangan yang rapi. Organisasi yang benar-benar kukuh. Bersiap sedia dengan wang dan peralatan. Persiapan atur cara. Selepas ini program apa, esok program apa.

Anggaplah berkahwin itu juga seperti satu perancangan menubuhkan institusi. Ya memang benar. Keluarga itu satu penubuhan institusi yang akan menjamin masa depan muka bumi ini.

Wahai remaja yang bakal berumah-tangga…

Apa yang anda rancangkan untuk anak-anak anda nanti? Saya bertanya sedemikian kerana saya mahukan anda merancang dengan lebih awal. Bukan menanti sehingga anak sudah berusia 20 tahun, 10 atau 4 tahun baru hendak datang dengan perancangan yang kelam kabut. Memang Allah yang sebaik-baik perancang. Namun tugas kita bukan bertawakkal tanpa usaha.

“hurm kami nak rancang apa? Ada anak pon belum”

Dengan jawapan sedemikian, jelas, kita sendiri pon belum ada perancangan untuk diri kita sendiri. Fahamilah remaja dan mereka yang katanya layak bercinta. Kononnya sudah cukup matang untuk “couple”… Kononnya sudah cukup gentle untuk ada wanita. Kononnya lelaki hensem dan idaman wanita. Jangan perasan sendiri jika anda tidak mampu merancang menjadi pemuda dan pemudi akhirat.

Kita menyangka perubahan dunia ini bergantung ke atas diri kita sahaja. Lupakah kita bahawa kita mata antara mata-mata rantai pejuang. Kita menyambung kerja orang dahulu. Dan hidup kita ini tidaklah lama. Mati kita, siapa yang sambung? Anak kita kemana?

Ayah outstation, anak lompat ceria…
Ayah pulang, anak kembali bosan…

Ya inilah realiti keluarga yang ada hari ini. Anak sudah bosan dengan ayahnya sendiri.

Ayah tiada, anak bosan…
Ayah pulang, anak gembira….

Ini pun ada juga segelintir keluarga. Si ayah hanya menghabiskan masa, wang dan tenaga semata-mata nak melihat anak terhibur. Namun terhibur dengan kelalaian duniawi. Anak menjadi dahaga dengan dunia yang disuap oleh si ayah. Adakah ayah sebegini yang akan melahirkan anak-anak akhirat ke dalam rahim si istri yang tercinta… Kononnyalah cinta. Inilah cinta yang buta. Cinta yang tidak ada kefahaman asas yang kukuh…

Dunia ini berubah dengan mata pedang..
Berubah dengan wang dan tenaga…
Dengan keikhlasan yang terlahir dari sudut hati yang memahami..
Hati yang sentiasa berdiskusi dengan minda…
Dunia ini berubah dengan para pemuda dan pemudi…
Pemuda pemudi yang mengerti…
Mengerti akan nilai kehidupan…
Tidak terleka dengan lembut dunia…
Lembut yang di dalamnya ada duri yang melukai tubuh…
Sejuk dunia yang dalamnya ada bara..
Menanti membakar minda dan jiwa…
Pemuda pemudi yang mengubah dunia…
Hanya ini jalan yang ada…

Tahukah anda, bahawa ibu bapa itu adalah anda juga.. Yang bujang yang masih merancang untuk berumah tangga, anda bakal menjadi ibu bapa…

Untuk berjaya, lihat kemana anda akan pergi, kemudian lihat di mana sekarang anda berada… Adakah antara dua persoalan ini ada kaitan? Jika di mana anda berada hari ini tidak mempunyai sedikit pun ruang untuk membawa anda ke destinasi yang anda citakan, maka berubahlah… Revolusi ini di tangan anda…

Advertisements