Serlahkan Diri

by Ikhwan

Ada yang berpendapat, selalu berubah ni tak bagus. Tak tetap pada pendirian. Ya ada benarnya. Benar jika berubah ke arah yang tidak baik. Namun sentiasa berubah itu ada baiknya. Jika perubahan itu dilakukan untuk menjadi lebih baik. Dan tidak dengan mengubah kualiti sahaja. Sebaliknya kita juga boleh berubah ke arah yang lain. Ubah aktiviti. Dari satu aktiviti kepada aktiviti yang lain.

“Batu yang bergolek tidak akan berlumut”

Jika kita statik pada suatu tahap, kita akan berlumut. Kita akan kerugian. Malah kita akan terdedah kepada kerosakan.

Anda bukan diri anda lagi jika sudah disaluti lumut. Mungkin nampak cantik oleh orang lain. Lumut yang hijau. Namun di mana anda yang sebenar. Tersembunyi dengan warna yang tidak asli dengan diri anda. Anda mempunyai kekuatan anda sendiri. Namun menumpang kekuatan orang lain. Kemudian berbangga dengan pujian yang diberikan orang lain ke atas lumut yang anda pakai. Sedang anda lupa, warna asal diri anda juga adalah kecantikan. Ibarat seorang yang membaca al-Quran dengan gaya bacaan dan nada orang lain. Sehingga kita menjadi rindu hendak mendengar nadanya sendiri.

Tuhan mencipta kita berbeza-beza supaya kehebatan itu menjadi luas. Kesan dari statiknya diri kita amat luas. Statik menjadikan kita rugi. Tumbuh lumut menyebabkan kita hilang arah diri.

Dinamik itu satu pergerakan. Statik itu satu kerosakan. Ibarat otot di tubuh badan. Semakin kuat bekerja, semakin kuat otot. Semakin jauh berlari, semakin tinggi stamina kita.

Advertisements