Allahu Ma’ana

by Ikhwan

Dalam setiap urusan harian kita samada besar atau kecil, jangan kita lupa Allah itu Maha Melihat. Dan sekiranya kita menghadirkan rasa di dalam hati bahawa Allah melihat kita 24 jam, insyaAllah tindakan kita itu akan memberi hasil yang lebih baik. Jiwa sentiasa segar walaupun tidak ada orang melihat amal kita.

Jangan kita jadi orang yang beramal hanya depan manusia, bila berseorangan sibuk menimba dosa.

Perasaan dan minda yang sentiasa merasa dekatnya Ilahi. Merasakan dirinya diawasi dan diperhati dengan teliti. Perasaan ini akan membawa anda jauh ke dalam dimensi khusyuk dan penghayatan kehidupan yang indah.

Dalam sibuk atau lapang. Sakit atau sihat. Allah tidak akan hilang. Allah tidak akan mati. Maka kita amat memerlukanNya. Mari kita kembali kepada Allah dengan jiwa dan amal.

Tidak ada ruginya. Kerana Allah bersama kita.

Advertisements