Satu Hari Tanpa Deria

by Ikhwan

Perjalanan kian panjang, itu memang kehidupan yang kita wajib lalui. Tak kira siapapun orang itu. Pangkat atau taraf mana pon peribadinya, panjang kehidupan itu pasti terasa. Kerana di situ ada manisnya kembara. Tanpa penat kita tak kan merasa segar. Dan nikmat berkekalannya kesegaran itu terletak pada jalan yang penuh dengan kepenatan. Hanya bagi yang mampu bersabar sahaja layak melalui denai ini.

Ibarat hidup ini tanpa nadi dan rasa. Kita bagai bangkai yang dilempar ke tengah jalan. Kering dan hancur ditelan masa. Bagi yang punyai deria, dia pasti dapat merasai kehidupan. Dapat merasai manisnya coklat dan manisan. Pahitnya ubat dan pedasnya cili. Bagi yang rosak derianya, dunia ini ibarat lapangan yang tidak ada warna. Segalanya bertukar menjadi kesedihan. Dia masih boleh makan dan minum. Masih boleh bergerak dan menyentuh. Melompat dan berlari. Namun disebabkan tiada deria, jemu hendak buat semua itu.

Kerana itu kita bersyukur dengan kesedaran ini. Deria yang kita terlupa hendak mensyukurinya.

Kembara yang panjang akan terasa lazatnya tatkala kita menghadirkan dan mengaktifkan deria-deria yang akan membangkitkan kelazatannya. Lazat itu tak akan hadir tanpa melalui deria ini. Dan deria itu adalah iman. “Have Faith, Then You Will Activate Your Life On The Way It Should Be!”…

Kita kembara melalui perjalanan yang panjang. Mungkin hari ini kita kurang dapat merasai kehidupan ini satu pengembaraan. Kerana jika hendak bayar bill, sekadar buka laptop dan bayar online. Kalau beberapa tahun lepas, kita perlu keluar rumah dan pergi ke kaunter bayaran. Istilah dan kehangatan “kembara” itu tidak terasa. Tambahan pula jika dikenangkan kehidupan pada beberapa abad yang lalu, mereka ini orang yang tak lekat di rumah. 

Saya suka membaca kisah-kisah kembara terutamanya “samurai” 🙂

Keluar mencari ilmu seni bela diri. Melalui jalan yang penuh dengan rintangan zahir dan batin. Jelas di hadapan mata mereka musuh yang menghalang, dan cerah di hadapan tujuan kehidupan mereka. Mungkin kebanyakan sejarah membuktikan mereka ini datang dari jalan iman yang berbeza dengan kita, namun hasrat dan cita mereka ini, telah menempatkan mereka di benua perjalanan yang penuh dengan erti kehidupan berbanding kita yang sekarang ini. Bukan saya hendak membawa anda semua putar ke zaman kuno teknologi. Tapi untuk mengaktifkan deria kehidupan yang penuh dengan hikmah ini. Hidup ini penuh erti. Ini belum kita cerita tentang perjalanan para sahabat nabi yang cukup indah.

Di sini ada kehidupan. DI dunia ini habitat perjuangan. Dengan nadi dan deria kehidupan. 

Kerana kita telah merasai singkatnya medan amal, maka keluarlah mengembara untuk panjangnya medan perhitungan….

Advertisements