Teman Kembara

by Ikhwan

Sepanjang kehidupan yang kita kenali penuh dengan halangan dan rintangan, bagaimana kita merasakan yang kita ini mampu menongkahnya seorang diri? Dan bagaimana pula jika kita diuji dengan berada di medan jihad seorang diri?
Sebenarnya kita tidak keseorangan. Dan kita tidak boleh bertindak secara sendirian. Sekalipun kita berjihad seorang diri, prinsip perjuangan kita adalah secara berjama’ie. Kita bergerak sehaluan dengan sahabat kita. Semisi dan sevisi dengan tujuan sahabat kita. Di sinilah kunci persahabatan kita membuka pintu kejayaan sekalipun kita keseorangan. Walaupun jauh, kesetiaan kita bergantung pada prinsip perjaungan. Kembara hidup ini memang sangat sukar. Para anbiya juga memerlukan pembantunya. Apatah lagi kita yang rendah kualiti insan ini. Dan bekalan kembara ini dapat kita kutip dari sahabat kita. Jangan kita rasa segan silu untuk membantu sahabat dan menerima bantuan sahabat. Semoga perjalanan hidup kita akan lebih bahagia dek hati yang sarat dengan cinta terhadap sahabat.

Advertisements