Menjadi penumpang bahtera

by Ikhwan

Dunia hari ini umpama lautan yang luas. Dipenuhi di dalamnya makhluk bahaya. Ekosistem yg mengecam keselamatan. Lantas hadir seorang penyelamat bersama bahtera kebalnya. Layar luasnya memantaskan lagi pelayaran. Siap yang tidak sudi menumpang akan kerugian. Eran bahaya semakin dekat. Samada ditelan makhluk atau terhanyut lalu lemas. Dengan pantas kita berpaut pada tali yang dilemparkan oleh kru-kru kapal tetsebut. Kini kita telah selamat. Kita merasa tenteram kembali dengan berada di atas kapal yang besar dan mewah ini. Kapal yang membawa rahmat. Dalam pada itu kita terlupa bahawa kapten serta kru kapal ini semuanya telah tua. Namun tidak ada sesiapa yang mampu menyambung kerja mereka. Tidak lama kemudian mereka meninggal dunia. Maka tinggallah kapal itu dengan penumpang tanpa apa-apa pelayaran. Sementara orang lain yang sedang menanti kapal itu telah pun hanyut. Ditelan zaman, kapal itu pun reput lalu tenggelam bersama penumpangnya. Kerana mereka telah menjadi penumpang yang leka serta tidak mempunyai tekad untuk mencari ilmu. Mereka hanyalah penumpang yang tidak ingin bekerja. Musnahlah segalanya.

Advertisements