Ladang Istiqamah

by Ikhwan

Kehidupan kita umpama ladang. Tanamlah apa saja yang kita kehendaki. Jangan kita sibuk dengan urusan ladang orang lain seandainya mereka tidak menanam apa yang kita tanam. Kerana ada yang lebih kritikal untuk kita fikirkan, iaitu penjagaan ladang kita daripada kerosakan. Atau dengan bahaa mudah kita sebutkan sebagai istiqamah. Adalah lebih baik kita sibukkan hari kita dengan merancang strategi bagi menstabilkan kesihatan ladang kita. Daripada lalai memerhatikan ladang orang, sehingga ladang sendiri dimakan ulat. Rosak ladang kita samada diserang dari luar ataupun dari dalam iaitu kesalahan kita sendiri.

Kualiti kehidupan diukur bukan dengan melihat kehidupan orang lain tetapi kehidupan kita sendiri. Nilaian Tuhan tidak akan zalim tetapi kitalah yang zalim pada diri sendiri. Tangan kitalah yang merosakkan ladang kita. Bagaimana dengan pulangannya nanti? Ekonomi akhirat kita akan jatuh ke paras muflis. Yang tinggal hanyalah penyesalan.

Dunia ini ladang akhirat. Perhatikanlah ia dengan masa yang berbaki. Tidak ada ruginya jika kita beristiqamah berbanding amal yang jarang sekali terlaksana.

Advertisements