Extra-features

by Ikhwan

Manusia dicipta oleh Allah yang Maha Berkuasa, sebagai makhluk yang terhebat.

Namun tak dapat terbang macam burung. Tak dapat hidup dalam air seperti ikan. Mengapa?

Kerana manusia diberi kelebihan yang lebih hebat dari semua makhluk untuk memilih jalan yang baik. Hidup dengan corak kehidupan yang cantik.

Kita diberi akal untuk berfikir.

Hati yang suci untuk memilih.

Untuk memilih apa yang perlu untuk dibawa pulang menghadap Pencipta kita semula.

Dia cipta kita, untuk dia lihat apakah yang kita perlakukan dengan pemberiannya di dunia ini.

Hargailah pemberian Allah dengan mentaati Allah.

Kerana ketaatan itulah kelebihan ciptaan manusia.

Kita dapat berfikir kemudian kita taat. Ini yang menjadikan kita lebih hebat dari segala makhluk.

Kita ada nafsu, kemudian kita tewaskannya. Lalu kita taat kepada Allah. Di sini kehebatan ciptaan manusia.

 

Advertisements