Hijrah walaupun dekat

by Ikhwan

Penat jugak nak pindah rumah ni. Letih kemas rumah lama, then nak susun barang kat rumah baru lagi. Tapi, kerja berat macam ni terasa ringan bila seronok nak pindah.

Semalam dah ambil kunci dari tuan rumah. Pindah yang menyeronokkan. Sebab sewa rumah baru ni lebih rendah. Itu yang bersemangat nak pindah. Namun pengalaman rumah lama tak mungkin dapat lupa.

Kenangan rumah lama:

  • Memancing
  • Jogging
  • Cycling
  • BBQ
  • Photography ( camera henset ja la )
  • Menjerit ( rumah kampung, orang tak dengar )
  • Tercucuk duri landak
  • Terserempak babi hutan
  • Serangan kelkatu
  • Serangga 1001 jenis
  • Biawak tunggu depan rumah
  • Monyet serang kampung
  • Atok serang monyet
  • Berjemaah di masjid
  • Putu bambu dari jiran
  • Makan free dari orang kampung
  • Senyum sinis dengan tuan rumah
  • Ular tunggu dalam tandas
  • Blackout ( bukan punca kilat )
  • Pintu rumah diketuk , dapat arahan dari anak tuan rumah ( wakil ) supaya tutup lampu depan
  • Ditahan tuan ketika hendak ke kelas ” tolong padam lampu depan 🙂 “
  • Tumpang kereta golf atok
  • isu tingkap pecah, ada batu dan serpihan kaca dalam rumah. Disyaki atok yang lastik monyet. Ya, atok cakap “ada monyet tadi.” ( memang sah atok lastik )
  • Ayat tok ketua yang tak pernah lupa ” ini salah sendirik niiiii”… ( terima saja, walaupun motor tu dah memang tiba masanya )

Macam2 lagi pengalaman yang nak dikongsikan. Tapi ini bukanlah luahan tidak puas hati pada mereka-mereka yang terlibat. Inilah pengalaman yang tak mungkin kami dapat. 🙂

Selamat tinggal Kampung Parit Kuari… Bila free kami singgah masjid…

Advertisements