Mata Baru

by Ikhwan

An Old Man - Picture from flickriver.com

13-Feb-2012, 18.30 : Dapat cermin mata baru selepas tiga tahun pakai cermin mata lama nih. Fuh baru HD. Alhamdulillah syukur masih mampu melihat. Banyak perkara leh kita buat dengan mata.

Kebaikan dari mata:

  • Memandang keindahan ciptaan Tuhan sambil berkata Subhanallah
  • Meneliti ayat-ayat Al-Quran sambil berfikir
  • Melihat orang-orang yang soleh sambil merapati mereka
  • Melihat wajah keluarga kita sambil mendoakan mereka
  • Membaca buku
  • Menyibukkan diri dengan amal duniawi dan ukhrawi
  • Amalan lebih banyak dari orang buta
  • Memerhatikan masalah ummat

Penyalahgunaan mata:

  • Melihat aurat wanita secara sengaja
  • Melihat pergaduhan kemudian membiarkan begitu sahaja
  • Melihat gossip kemudian turut serta
  • Melihat fitnah kemudian bantu menyebarkannya
  • Lalai dalam beramal sementara mata masih jelas
  • Tidak memerhatikan masalah ummat
  • Tidak mensyukuri nikmat mata
  • Melihat dan mencari keaiban manusia dengan sengaja

Semua ini adalah sebahagian kecil sahaja. Sama-samalah kita merawat mata kita dari penyakit sebegini.

Advertisements