Hijrah Sang Awan
by Ikhwan
Wahai mata
perhatikanlah awan yang berarak perlahan
lembap seperti kura-kura
buang masa saja perhatikannya
nah itulah tomahan dari akal yang kurang cerdas
perhatikan semula awan itu
walaupun geraknya perlahan
tahukah engkau apa itu awan?
itulah hasil gas air yang terikat sehingga matamu bisa melihatnya
air yang tersejat, tak mampu kau lihat
bukan tugas yang mudah untuk menjadi awan
amat beruntunglah yang sempat melihatnya
wahai mata
perhatikanlah awan
dari timur berarak ke barat
membawa air yang berat demi manusia
berhjrah dengan segala kekuatan
mahu tidak mahu tetap patuh pada Ilahi
bentuknya sentiasa berubah
sentiasa menjadi bahan kajian “photographer”
warnanya juga indah hasil biasan cahaya mentari
wahai mata
lihatlah dengan pandangan hikmahmu
tanyalah akal dan jiwamu
mengapa ia sanggup behijrah
sedangkan selepas hujan ia akan terus hilang
wahai mata
tanyalah akalmu
awan itu berhijrah sangat jauh
tidak meminta apa-apa imbalan dari manusia mahupun tuhan
sampai masa tepat waktunya
ia curahkan anda rezeki yang diatur Tuhan
habis tugasnya, terus menghilang
wahai mata
tanyalah jiwa
bilakah akan tiba masanya
seluruh pancaindera
akan mengerti untuk bersyukur
tanya lidah bila akan terbit ucapan Alhamdulillah
tanya telinga bila hendak khusyuk mendengar pujian Ilahi
tanya mata bila hendak menangisi cantiknya Tuhan hinanya diri
tanya pancaindera
bilakah masa untuk menghayati
alam pilihan Tuhan…