Indahnya Takdir

by Ikhwan

Takdir itu indah? Benarkah begitu?

Ya mungkin kadangkala sesuatu perkara itu berlaku secara tanpa kita duga, atau terjadi tak sama seperti kita rancang bukan? Kita rancang hari ni dapat makan nasi ayam, tengok2 ada orang belanja kita makan nasi beriani ayam… wah untung bukan takdir ni… kita rancang peserta datang 50, tapi pendaftaran baru 20… tengok2 masa hari program tersebut, 100 orang datang… bahagia kan takdir ni…

tapi bagaimana pula jika hari ini kita rancang nak makan ayam, tetapi Allah izin duit kita hilang… bagaimana pula jika kita rancang untuk bercinta dengan kekasih kita selama-lamanya, tiba2 saja esok dah clash… Benarkah takdir itu indah?

Jika ia indah hanya sebentar dan kadang-kala tak indah dan pahit, mengapa kita disuruh beriman pada takdir? Jika ada unsur pahit di dalamnya, mengapa Tuhan yang Maha Penyayang meletakkannya dalam rukun iman?

Takdir itu penting….

Jika kita meneliti dengan mendalam hakikat takdir itu sendiri, memang ia sangat penting untuk kita. Atau dengan kata lain, takdir itu merupakan perancangan yang perlu buat kita mengikut kadar Allah, sementara perancangan kita itu adalah perancangan yang perlu juga tetapi mengikut kadar kita…

Kita rancang mengikut apa yang kita rasa perlu, tetapi Allah merancang mengikut apa yang lebih perlu buat kita…. Kita tahu apa yang penting buat kita… Akan tetapi Allah Maha Mengetahui apa yang penting buat kita…. mungkin juga apa yang kita rasa penting itu sebenarnya tak penting…. Kita juga tak sedar, apa yang kita rancang itu sebenarnya tak penting… Maka Allah pon dengan penuh rasa cintaNya, dia batalkan rancangan kita itu, dan meneruskan rancanganNya ke atas kita…. Bukankah itu satu nikmat juga?

Redha atas takdir…

ramai antara manusia yang suka mengeluh bila ditimpa sesuatu yang dia tak ingini atau pon dia tak suka… Sekiranya kita tahu bahawa perancangan Allah itu terbaik, sudah pastilah kita akan terima saja apa yang Allah lakukan ke atas kita…

Syukur atas takdir…

Dan bila mana kita sedar akan betapa besarnya nikmat rancangan Allah atas kita, maka syukurlah bahawa hari kita pasti akan jadi lebih indah dari biasa…

Cuba bayangkan kita dipilih oleh seorang raja untuk mengurus kehidupan kita, ataupun dipilih oleh seorang cendiakiawan untuk mengatur jadual harian kita, sudah pasti kita yakin jadual itu terbaik… Begitu juga sekiranya seorang pakar motivasi datang pada kita dan susun jadual yang terbaik buat kita… sudah pasti kita yakin, apa yang mereka rancang untuk kita pasti berjalan lancar dan terbaik kerana mereka lebih berilmu dan berpengalaman dan mengurus kehidupan…

Mari kita renungkan pula bagaimana jika Allah yang menyusun jadual kita, pasti ia yang terbaik di antara yang terbaik bukan? renungkanlah dengan mendalam bahawa yang buruk berlaku, tak semestinya hasilnya juga buruk…

Hadapi yang buruk…

Jangan kita sesekali terfikir nak lari dari masalah atau takdir yang kurang baik menimpa diri kita… kerana kita belum tahu hasilnya barangkali lumayan….

Tugas kita hanyalah merancang dengan sebaik mungkin, dan berusaha sedaya mampu untuk menghasilkan amal yang terbaik… dan Allah sajalah yang akan menilai amal kita…

HasbiyaAllah..

Cukuplah bagi kita Allah sebagai pengurus kehidupan kita… kita sepatutnya berasa sangat bahagia, kerana yang mengurus kehidupan kita hari ini, bukan makhluk seperti kita, tepai Allah yang Maha Agong…

Pelangi hanya akan datang selepas hujan… oleh itu janganlah kita lari dari tempat yang ada hujan, jika kita bercita-cita nak lihat pelangi…

Nak lihat muka bumi? panjatlah gunung yang tertinggi sekalipon ianya sukar, kerana hasilnya pasti lumayan…

Takdir?

Kalau anda bertanya pada saya takdir, saya akan jawab “Saya sangat syukur kerana Allah yang menguasai takdir. jika tanggungjawab mengurus takdir itu diserahkan pada saya, hancur binasalah hidup saya hari ini. Cukuplah usaha sebagai hadiah Allah buat saya. sebagai menghargai hadiah dari Allah ini, saya akan guna ia betul2… maksud saya, saya akan usaha bersungguh2 sekalipon saya harus melalui jalan yang sempit atau hasil yang saya dapat di dunia ini sangatlah sedikit.. kerana impian saya yang utama hanyalah akhirat.”

Jangan salah anggap!

Jangan pula anda hanya mahu bergantung pada takdir saja sehingga merasakan tak perlu lagi pada usaha…

Sepertimana yang dijelaskan oleh Imam Ibnu Qayyim mengenai rasa harap atau pergantungan itu ada tiga:

  • Cinta apa yang kita harapkan.
  • Berasa duka apa bila tidak mencapai apa yang kita harap
  • Berusaha mencapai apa yang kita harap

Walaupun beliau menetapkan bahawa perlu ada rasa duka, namun perasaan ini tidaklah sehingga menjadikan kita lemah dan berhenti dari berusaha… Berasa duka bila tak dapat apa yang kita harapkan, itu tanda cinta kita pada apa yang kita harapkan…

Sekiranya seseorang itu sedih kerana tak dapat mencapai cita-citanya, Allah tak akan marah dan Allah ampunkan salah silapnya, kerana Allah tahu hakikat ciptaan makhlukNya yang lemah….

Apa langkah anda?

Jom kita fikir balik selama ini, sepanjang hidup, sejauh mana dah kita pernah luahkan rasa syukur kita pada Allah kerana mengurus hidup kita sejak dari roh lagi… Sebelum tamat riwayat di muka bumi ni, carilah peluang2 untuk bersyukur pada Allah…

Jangan tunding jari pada Allah… tunding jari pada kita… tanya diri kita…

Benarkah aku telah berusaha? Benarkah usaha aku ini secara bersungguh-sungguh atau hanya main-main saja?

Mari kita muhasabah… 🙂

Advertisements