Nikmat di atas nikmat

by Ikhwan

Suatu ketika aku merenung kearah matahari yang sedang terbenam
Aku bertanya adakah ia tenggelam ke dalam lautan
Maka akal ku mula runsing mencari jawapan
Lalu hadirlah hati memberi buah fikiran
Jika matahari tenggelam, kita kekal dalam kegelapan
Ia pergi berlidung sebentar
Memberikan kita peluang untuk melihat butiran bintang
Terangnya mentari mampu menutupi cahaya alam semesta
Terbenam mentari, akan tampaklah indahnya malam
Maka akal ku mula mencari hikmah
Andai hilang satu nikmat
Janganlah berasa duka
Kerna ada lagi nikmat yang lebih pasti akan datang
Yang perlu hanyalah keyakinan
Yakin pada Maha Pencipta
Jika kita sibuk memikirkan hilangnya cahaya matahari
Maka kita tidak akan sempat melihat cahaya bintang
Jika sibuk mencari kesalahan
Kita tak akan nampak kelebihan

Advertisements