Hamba itu lemah

by Ikhwan

Mulakan hari ini dengan syukur
Atas nikmat Tuhan sebagai pengukur

Risaukan perjalananmu wahai musafir
Di belakang dosa di hadapan pahala telah hampir

Kita musafir yang jauh sekali
Merentas kehidupan membawa diri mencari diri

Hikmah yang kita teroka
Pasti membina diri kita sebagai seorang hamba

Dari terbuka kelopak mata
Hinggalah kembali berbaring semula

Kita tetap sebagai musafir
Basah kerna hujan terbakar akibat petir

Yang kita tempoh tak semuanya suka-ria
Andai tak tertanggung, itulah dunia

Dunia kita penuh cabaran
Jangan lari tapi kita terus lawan

Untuk apa lari tinggal kampung tinggal kawan
Selamat diri hilang kehidupan

Kita datang dari satu alam
Turun ke bumi yang sama jangan malu hendak bersalam

Kemana hendak kita bawa ego dan benci
Kalau bukan ianya memakan hati

Musafir memijak tanah orang
Perlu jaga jangan sampai orang naik berang

Perlu tahu kita musafir mencari Tuhan
Jika lemah kita ada bantuan

Namun jika merasa bangga
Apa adanya dengan kita untuk hilangkan dahaga

Wahai musafir marilah bersatu
Kita menuju Tuhan yang satu

Advertisements