Rindunya

by Ikhwan

Kuantiti bersama Kualiti

“Rindunya kat sahabat-sahabat! Lama tak jumpa”

Ya konsep ini lah sebenar yang menyebabkan kita semakin berjauhan kerana apabila kita telah lama dan asyik bertemu, rindu tersebut kian hilang. Hal yang demikian adalah kerana ukhwah itu didasari oleh “lamanya tidak berjumpa.”

Hiasi hubungan atau ukhwah kita dengan matlamat yang suci, kenapa aku bersamamu. Kenapa aku merinduimu. Kenapa perlu aku mencintaimu? Jika kita telah sempurna matlamat dan niat kita berukhwah, barulah kita akan cinta sahabat kita dengan sebenar-benar cinta.

Biarlah badai melanda. Dipukul ombak, tebingnya tetap utuh. Ukhwah tetap bertambah kuat. Kerna yang diharapkan sesuatu dari ukhwah itu adalah sesuatu yang bersifat kekal. Harapan agar sama-sama kembali pulang pada Allah dengan selamat.

Mereka teman saling melindungi agar tidak tergelincir, agar tidak tersadung jatuh terhantuk. Agar tidak ada sakit luka dalam jalannya. Itsar menjadi kunci persahabatan mereka. Aku utamakan kau. tanpa mengharapkan satu apa pon dari engkau.

Cinta kita terjalin dengan fikrah yang sahih. Rindu ini bukan kerana cantiknya akhlakmu, bukan kerana banyak hartamu, bukan kerana panjang solatmu.

Aku mengejarmu, mendekatimu, kerana fikrahmu.

Jalanmu kuyakini jalan Muhammad SAW.

Aku benar yakin kau menggenggam tanganku menuju Rabbku.

Membuatkan aku semakin rindu padamu, membuatkan aku tidak jemu melayan kerenahmu, walau apapun akhlakmu, kudekatimu hanya kerana fikrahmu.

Ada teman rindu di dunia, di akhirat kelak menjadi musuh

Ada teman rindu di dunia, malah kekal hingga ke syurga

Wahai jiwa-jiwa yang penuh rasa ingin pada cinta, sucikanlah cintamu itu. Walau siapapon kita cintai, janganlah dibiarkan dasarnya nafsu.

Janganlah biarkan cintamu itu indah di dunia semata-mata. Namun biarlah kau mampu menyambung kembali, menulis lagi diari cintamu di syurga yang penuh ketenangan.

Kehidupan syurga hanyalah ukhwah

Advertisements