Menuju Kesempurnaan

by Ikhwan

Sesungguhnya kesempurnaan manusia itu terdapat pada dua perkara asas; mengenal yang benar dari yang sesat serta mengutamakan yang benar dari yang batil. Perbezaan antara makhluk di sisi Allah hanyalah terjadi dengan wujudnya perbezaan berdasarkan dua perkara tersebut.

“Dan ingatlah hamba-hamba Kami : Ibrahim, Ishak, dan Ya’qub yang mempunyai perbuatan yang besar dan ilmu yang tinggi.” (Shaad : 45 )

Inilah bukti bahawa orang yang diangkat oleh Allah adalah orang yang berilmu pengetahuan yang luas malah melaksanakan apa yang dituntut. Inilah dua perkara dasar dalam kehidupan dalam menuju kesempurnaan sebagai seorang hamba yang berjaya di dunia, serta mencapai kesenangan agung di akhirat.

Di atas 2 perkara inilah para sahabat dapat mencapai kejayaan dalam menyebarkan islam. Seterusnya disambung oleh generasi-generasi yang merasakan betapa pentingnya Islam. Mereka juga berjaya kerana mereka mengenal ilmu yang hak serta beramal dengan apa yang benar. Mereka bersatu. Sebagai ummah. Seperti yang dijelaskan Allah dalam Al-Quran, manusia itu asalnya adalah umat yang satu. Satu itulah kesempurnaan. Dan kita pada hari menyangka bahawa kita telah berjaya menuju kesempurnaan.

Sedangkan kita belum lagi dapat membezakan yang hak dengan yang batil. Apatah lagi melaksanakannya. Kerana itulah tidak wujud jihad di hati.

Advertisements