Muhasabah WordPress

by Ikhwan

Alhamdulillah broadband dah masuk limit. 🙂 Lama tak update blog. Kalau broadband habis limit, fuh!!! tak leh nak buat apa dah ngan dia. So untuk limit bulan nih, InsyaAllah nak update blog ni. Nak semak balik post-post lama yang mungkin kena delete.

WordPress pon kena muhasabah?

Hurm mungkin jugak. Sebab ana rasa blog ana nih tak sehebat blog sahabat-sahabat ana. Ana suka tengok blog sahabat ana yang lain. Bukan ana nak banding-banding. Tapi bila ana berada dalam keramaian orang yang berbuat baik, ana pon kena ikut buat benda yang sama selagi sahabat-sahabat ana tak buat benda yang salah.

Tak salah kalau kita tengok orang buat baik, kemudian kita ikut. Segelintir masyarakat menganggap perbuatan tersebut merupakan tindakan seseorang yang tidak mempunyai pendirian. Ana ingin tegaskan bahawa asalnya pendirian itu bukan dari sejak lahirnya kita, tapi pendirian kita itu adalah contoh yang kita ambil dari pengalaman, seseorang, suasana dan lain-lain.

Inilah jalanku. Inilah jalanku. Inilah jalanku.

Advertisements