2 Jalan 1 Matlamat

by Ikhwan

Post kali nih berkenaan kisah dua orang insan yang hebat. Hamba kepada Allah. Kehambaan mereka terhadap Allah melebihi kita. Walaupun jalan mereka berbeza, tapi lihatlah kesannya. Nama mereka tercatat dalam sejarah sebagai hamba Allah yang sangat hebat. Itulah Umar bin Abdul Aziz dan Salahuddin Al-Ayubi.

Pertamanya adalah mengenai jalan kehidupan Umar Abd Aziz. Beliau memilih untuk hidup dalam dalam kesenangan dan memilih untuk bekerja dengan pekerjaan biasa sahaja. Ketika beliau dilantik menjadi khalifah, dia menolak dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak menginginkan langsung  jawatan tersebut walaupun moyangnya khalifah yang hebat, Umar Al-Khattab r.a. Beliau juga memberi peluang kepada rakyat supaya meletakkan jawatannya sekiranya mereka ingin. Inilah contoh yang dapat kita lihat. Tidak tergilakan pangkat. Beliau tahu apa kesannya dengan jawatan itu. “hari ini mereka adalah rakyatku, kelak di akhirat mereka mencariku sebagai musuh”. Beliau sudah memikirkan apa yang bakal terjadi pada hari akhirnya. Kesannya, siapa lagi raja yang lebih adil selepas beliau?

Lain pula jalan yang dipilih oleh Sultan Salahuddin. Sejak dari kecil di asuh dengan pedang. Mahir menunggang kuda. Dan dalam sujudnya, hanya harapan terhadap Allah supaya diberikan padanya kekuatan untuk merampas Baitul Maqdis. Beliau terus menerus berusaha mencari pangkat dalam angkatan tentera. Sekiranya ada jawatan yang lebih tinggi, beliau tidak akan melepaskan jawatan itu. Lihat saja seperti gilakan kuasa. Tidak. Beliau bukan sebarangan orang di perkarangan kita hari ini. Beliau tahu jalannya. Beliau tidak mahu kuasa yang tinggi jatuh ke tangan insan-insan yang tidak cekap. Kerana dia tahu bahawa cita-citanya menggunung tinggi. Beliau sanggup melakukan apa sahaja demi Palestin. Medan tempur ini tempat letaknya tapak kaki baginda. Bukan istana. Darah itu air mandinya. Sultan gelarannya namun bukan kebanggaannya. Beliau sultan seluruh Islam ketika Islam menunggu pembebasan. Ya. Beliau dibantu Allah. Jalannya bercahaya. Kemenangan miliknya. Allahu Akbar.

Semoga suatu hari nanti, lahir lagi pemimpin ini.

Advertisements