seorang perwira

by Ikhwan

“wahai sahabat. sudikah kau mengikuti perjalanan ku ke kota yang penuh keberkatan?” “hurmmm. apakah nama kota tersebut wahai sahabat?” “tidak akan kuberitakan tentangnya sebelum kau melihatnya” “jadi bisakah aku ikut?” “temanilah aku ke sana. kau pasti terasa kedamaiannya.”

“mengapa kau memandangku sedemikian wahai sahabat.” “benar ya akhi. Tuhan memberkati tanah ini. benar sungguh damai. hatta jiwaku terasa ketenangannya.” ” inilah Palestin. sudahkah kau lupa akan sejarahnya?” “Umar alKhattab membenarkan yahudi tinggal di sini serta tidak meruntuhkan gereja mereka” “benar. Beliau berhati mulia dan keras dalam menegakkan hukum Allah.”

“jadi. apa tujuan kita ke sini ya akhi?” “aku mahu mengambil kembali hak Islam.” “maksud kau?” “saudaramu telah dibunuh oleh yahudi”

“di kota suci ini?” “bahkan muslim seluruh dunia telah hancur binasa” “sungguh hebat rancangan mereka. adakah ini janji tuhan kita?”

“harapan itu seiringan dengan usaha wahai sahabat. KELALAIANMU” “celakalah aku. Pasti tuhan juga telah membiarkan aku” ” 🙂 wahai sahabat. bersangka baik lah pada Rabb mu.” ” baik akhi :)”

“peperangan hati belum selesai. inikan pula darah” ” 🙂 berlapang dadalah wahai sahabatku. bukankah syurga tempat akhir kita. peganglah kitab ini” ” wahai akhi. kitab apakah ini?”

“haza al-Quran…”

“wahai akhi. bagaimanakah hati itu?”

“hati itu dapat membimbing seluruh anggota tubuhmu. namun bukan semua tubuh yang baik itu mencerminkan hati yang baik.” “mengapa ya akhi?”

“hati yang baik adalah hati yang ikhlas. iaitu hati yang bergantung hanya pada Rabbnya.” “hati itu sentiasa tenang dalam semua keadaan” “namun hati itu kerisauan tatkala memikirkan kehidupan akhirat” “dan gelisahnya hati itu kerana dosa. tinggallah dosa itu.”

“dosa apa yang merbahaya ya akhi?”

“dosa hati lebih merbahaya dan tajam. sehingga kau tidak sedar akannya. senantiasalah bermuhasabah.”

“jadi akhi. bagaimana perjalanan kita hari ini?”

“siang mu adalah khalifah. dan malam mu adalah ahli ibadah”

“aku terasa bahang jihad seorang perwira ya akhi.” ” 🙂 bahkan jihad sebagai hamba wahai sahabat” “wahai akhi. kesucian kota ini tetap akan terpelihara”

“kami tidak akan biarkan nafsu bermaharajalela. hari ini dunia menyaksikan perbuatanmu wahai yahudi. saksikanlah yahudi apa yang bakal kami sajikan pada hari esok buatmu.”

“:) sahabat. kata-katamu seperti seorang wira. setelah kau tawan kota ini apa kau mahu lakukan?”

“aku memberikan jaminan keamanan bagi penduduk Baitul Maqdis, harta mereka, geraja, salib dan simbol-simbol lainnya. Gereja mereka tidak akan dihancurkan dan dijadikan tempat tinggal”

“aku ingat akan kata-kata itu. jika aku mengajarmu tentang ilmu hati dan jiwa. sudilah kau mengajarku tentang jihad wahai sahabat.”

“Allah tuhanku. Muhammad rasulku”

Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di tanganku.

 

 

Advertisements