Dakwah itu satu tuntutan

by Ikhwan

dalam beberapa hadis mursal al-Hasan disebutkan :

“jika Allah menghendaki kebaikan pada suatu kaum, maka Allah akan menyerahkan urusan mereka kepada orang yang santun, dan memberikan harta rampasan mereka kepada orang yang dermawan. sedangkan jika Allah menghendaki keburukan bagi suatu kaum, maka Allah menjadikan urusan mereka kepada orang yang jahil, dan memberikan harta rampasan mereka kepada orang yang bakhil.”

Disebutkan oleh Ibnu Abi Dunya, iaitu hadis yang berasal dari Fudhail bin Iyadh, bahawa dia berkata:

“bahawa Allah memberi wahyu kepada sebahagian Nabi-Nya:

“jika orang yang telah mengenalKu derhaka kepada-Ku, maka dia akan dikuasai oleh orang yang tidak mengenalKu.”

Inilah merupakan tanda-tanda kemurkaan Allah terhadap suatu kaum jika terdapat dalam kelompok kaum itu, dari kalangan orang yang mengetahui kebenaran, namun tidak menegakkannya. Yang menegakkan kebenaran, namun dengan niat mendapat dunia yakni harta, pangkat dan pujian.

disebutkan lagi oleh Imam Ahmad bin Hambal dalam kitab Musnad, iaitu hadis yang berasal dari Qais bin Abi Hazm, bahawa dia berkata:

“bahawa Abu Bakar al-Siddiq berkata : “wahai para manusia, kamu telah membaca ayat ini, dan kamu meletakkan ayat ini tidak pada tempatnya, ayat tersebut ialah:

“Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberikan mudarat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk.” (al-Maidah : 105)

Dan aku pernah mendengar Rasulullah bersabda:

“sesungguhnya manusia jika melihat orang zalim dan tidak berusaha mengubahnya dengan kekuasaannya,” dan menurut riwayat yang lain, ” jika manusia melihat kemungkaran dan tidak berusaha mengingatkannya dengan kekuasaan yang dimilikinya, maka Allah akan menurunkan seksa ( azab ) kepada semua manusia yang ada disekelilingnya (kemungkaran atau kezaliman terjadi).

Wahai manusia sekalian, tundukkanlah hatimu pada Allah SWT setiap masa. Janganlah mengharapkan sisa dunia yang sementara. Pilihlah kesederhanaan dalam singkatnya dunia, dan berusahalah sebanyak mungkin untuk akhirat yang panjang.

jauhilah dirimu dari melakukan dosa besar dan dosa kecil kerana dosa kecil itu menjadi punca bagi dosa besar. timbulnya titik hitam di hati menyebabkan terhalangnya hati dimasuki cahaya petunjuk. jauhilah dosa-dosa yang sangat kecil seperti dosa hati dan dosa yang dianggap remeh, kerana itulah dosa yang menyebabkan kalian terjerumus kedalam maksiat. dan dosa remeh itulah punca kalian tergolong dalam golongan ahli neraka.

Yahya bin Muaz ar-Razi berkata : ” aku kagum kepada orang yang berakal yang berdoa : ” Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah musuh-musuh kami bergembira kerana kami.” namun anehnya mereka bergembira kerana musuh-musuhnya. Maka doa mereka terasa janggal sekali, kerana mereka berdoa supaya musuh mereka tidak berbahagia namun mengapa mereka bahkan berbahagia kerana musuh mereka. Maka sikap itu adalah termasuk derhaka kepada Allah kerena mereka hanya menginginkan menangnya sendiri. Oleh kerana itu, di hari kiamat kelak mereka akan dibuat menderita.”

dipetik dari buku PENYAKIT ROHANI DAN PENYEMBUHANNYA – Ibnu Qayyim al-Jauziyah ( 691 – 751 hijrah )

Advertisements