Menjadi Hamba

by Ikhwan

Wahai sahabat sekalian….

Marilah sama-sama kita muhasabah diri kita dengan mengenali kembali darjat diri kita disisi kita. Adakah kita telah sempurna segala amalan kita? jangan kalian soal diri kalian apakah telah cukup amalanku….. Tapi soal diri kalian, adakah sempurna zikirku, adakah sempurna solatku….. Mari kita baiki diri kita menjadi seorang hamba yang sentiasa ingat pada Allah….

Mari kita muhasabah menjadi seorang insan bergelar HAMBA…..

Seorang hamba yang bertaqwa akan sentiasa menambahkan ketaqwaannya terhadap Allah. Hari demi hari penuh dengan kesibukan meniti segala amalannya agar tidak sia-sia harinya. Seorang hamba akan sentiasa memastikan hatinya terpaut pada Allah, janji Allah, kuasa Allah, nikmat Allah, nama-nama Allah, ancaman Allah.

Seorang bayi yang baru lahir tidak akan tahu merangkak. Namun setelah berusaha, dia akan mampu berlari dengan lebih pantas. Inilah yang dipanggil uasaha. Ketika usaha itu disandarkan pada Allah, maka berlipat gandalah keredhaan dari Allah.

Usaha itu perlu dilakukan secara berterusan,, melatih diri dalam kesusahan. Bagi seorang bayi, berjalan merupakan suatu perkara paling sukar dalam hidupnya. Hendak saja mahu menjerit jika tidak berjaya berjalan. Namun hatinya tidak akan lumpuh begitu sahaja. Sebagai hamba, perkara yang belum pernah dilakukan itu, mesti tampak jelas kesukarannya. Maka perlulah ada usaha. Tidak ada kejayaan tanpa usaha.

Salah satu usaha meraih cinta dan taqwa kepada Allah S.W.T. adalah dengan memanjangkan sujud dalam solat. Memuji nama-nama tuhan yang Maha Mulia. Memohon sebanyak-banyak keampunan. Meminta cinta kepada Allah. Melihat diri yang lupa pada tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Sehingga menitis air mata.

Kita mahu berusaha sehingga setiap amalan kita penuh dengan ingatan terhadap Allah. Setiap ibadah dilaksanakan penuh teratur, cermat, sabar, dan cekap. Setiap saat gerak geri tubuh hanya kerana Allah. Menjaga setiap inci tubuh badan termasuk hati dan ketaqwaan. Dalam usaha berjaga-jaga, sehingga akhirnya anda tidak sedar bahawa anda telah dijaga. Alhamdulillah.

Mari muhasabah bersama-sama menjadi hamba yang dicintai Allah.

Advertisements