Ya Allah… Berilah aku cintaMu

by Ikhwan

-MencintaiMu. Seakan-akan aku berada di Syurga. Ampunilah aku-

Ketika kaki hamba melangkah menuju kearah Engkau, Engkau berlari kearah ku. Kenapa begitu sekali wahai Penciptaku? Kenapa Kau begitu Maha Penyayang? Aduh…. Aku selalu lupakan Engkau wahai Ar-Razaq. Ya Rahman Ya Rahim. PandanganmMu termulia dan teragung sedang kami memandang Engkau hanya sebelah mata. Ampunkan kami. Kalau kami sedar betapa besar cintaMu pada kami, tidak lagi kami mampu melakukan apa-apa selain berzikir.

Wahai Tuhan pemilik Arasy yang Maha Agung, berilah kami cintaMu, berilah kami rasa cinta terhadap orang-orang yang cinta terhadapMu, dan cinta terhadap perbuatan-perbuatan yang dapat menambahkan cinta terhadap Engkau.

Ya Rabb.. Engkau Maha Penyabar. Itu yang menghairankan aku. Engkau sabar sebelum memberi ujian dan azab. Namun kami meminta rezeki tanpa kesabaran. Aku malu untuk meminta dunia padaMu kerana Engkau memberi aku Islam dan Iman dengan kesabaran dan cintaMu. Apakah ada lagi perkara yang menyenangkan kami selain itu? itulah kami insan zalim. Ampunilah kami wahai Tuhan Yang Maha Penyayang.

Advertisements