Syukur

by Ikhwan

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian… marilah sama2 kita berusaha meningkatkan kesyukuran pada Allah yang telah menciptakan kita dengan sebaik bentuk dan sebaik2 ciptaan. syukurlah kerana Dia jugak telah meletakkan perasaan ke dalam hati kita…

amat mudah baginya untuk menarik kembali perasaan gembira dengan menggantikan perasaan yang tidak kita ingini…

syukur dapat mengubah kehidupan kita menjadi lebih positif terutama ketika dilanda musibah. syukur juga menjadikan kita seorang hamba yang senantiasa mengingati tuhan sang pencipta. syukur juga menjadikan kita seorang insan yang tidak mudah berasa lemah ketika diuji oleh Allah. kerana ujian itu datangnya dari Allah.

bersyukur dalam setiap gerak geri kehidupan kita. kerana yang memberikan udara untuk kita bernafas, bukanlah manusia tetapi Allah S.W.T. maka apakah yang membuatkan diri kita ini sentiasa angkuh, lupa dan tidak mahu bersyukur pada-Nya. Hatta hendak mengucapkan Alhamdulillah tak pernah terlintas di fikiran.

syukurlah ketika hidup dalam kesusahan. kemiskinan bukanlah milik kita. kerana pasir yang halus di pantai pon milik Allah. apatah lagi wang ringgit yang kita miliki. ketika masa bergerak pantas, saat tibanya kematian, adakah itu masanya hendak sesalkan kehidupan? Menyesallah dari sekarang.

manusia yang tidak bersyukur adalah manusia yang tamak dalam kehidupannya. dia sentiasa menginginkan segala jenis kemewahan. keinginan melebihi keperluan.

Betapa penyayangnya Allah. Dia tidak pernah merosakkan kita. sebaliknya kita jugalah yang memilih jalan kerosakan.

Syukur bukan sahaja di lidah. “Saya syukur pada Tuhan”. tapi syukur itu hanya dapat dibuktikan apabila kita mengikut segala ketetapan yang ditentukan oleh Allah. bermula dari Aqidah hinggalah Akhlak…….

yang memberi adalah Allah. yang mengurus kitaran bumi dan langit adalah Allah. Ianya adalah tugas yang tak dapat kita laksanakan. tetapi yang diminta, hanyalah MEMPERHAMBAKAN DIRI PADANYA….

Advertisements