Awan Mendung

by Ikhwan

ana lihat ke langit. ana nampak awan mendung sedang berarak. ana pun terfikir sesuatu.

orang selalu ibaratkan yang hujan itu tanda bumi sedang menangis. hehe. ana kata tak mungkinlah. sudah pasti hujan yang dia turunkan itu kerna hendak menyubrkan tanah di dunia nih atas aturan Tuhan.

tapi bila dikaitkan dengan secara imaginasi bahawa awan sebagai makhluk, ana pon berpendapat bahawa kiasan hujan itu adalah tangisan boleh dikatakan benar.

andai kata awan mempunyai deria penglihatan, sudah pasti awan lebih sedih berbanding ana. mata ana hanya terhad untuk melihat dari sesuatu sudut. tambahan ana duduk dibawah, maka banyak halangan. walaupun pandangan terhalang, namun terlalu banyak kezaliman berlaku depan mata ana. apatah lagi sekiranya ana mampu memandang seperti langit.

kezaliman berlaku di mana2 saja. zalim ni merupakan sesuatu sifat yang dikategorikan sebagai mazmumah. zalim lebih teruk berbanding jahat. kalau kita lihat orang ludah rata2, kita kata teruk. tapi zalim lebih teruk lagi dari tu. dan ludah merata2 pon boleh menjadi zalim apabila kita pandang kesalahan tu dari sudut yang tertentu.

Astarghfirullah. antara kezaliman yang paling ana tak dapat terima adalah berlaku zalim terhadap hukum-hukum Allah. dan masalah yang paling sensitif di hati ana adalah masalah aurat. dengar saja aurat, kita terbayang perempuan. TAK!!! lelaki pon sama saja.

bila kita tanya tentang agama dia, dengan lantang dan jelas dia mengaku bahawa agamanya adalah Islam. ADOIIIIIII….. geram ana geram. marah sangat2. mengaku islam tapi tudung tak pakai. macam mana kita nak jaga kesucian dan keaslian agama Islam?

macam mana pandangan barat terhadap kita? tak lain tak bukan. sudah pasti semua orang non-muslim dah tahu yang Islam kini tidak lagi sehebat Islam pada zaman dahulu.

hati tu dah terikat dengan duniawi. dah tak leh nak tinggal dah dunia. cinta dunia. bukak aurat. pakai ketat2. terbukak sana terbelah sini. DIMANAKAH AKAL KALIAN? AKAL YANG KALIAN BANGGAKAN….

bukankah telah nyata bahawa kehancuran tamadun Islam itu adalah kerana dari tangan kalian? tidakkah kalian lihat. ingatlah kalian semua, ketika Islam kembali berbangkit, janganlah kalian berasa hairan kalau-kalau kalian ditindas.

Kerana sekarang, kalian sedang meghina ISLAM…..

INGAT WAHAI PELAKU ZALIM, KETIKA MANA DATANGNYA AZAB DARI TUHAN YANG MAHA BERKUASA, TIADA LAGI TEMPAT UNTUK KALIAN BERLARI. MUNGKIN HARI INI KALIAN TIDAK PERCAYA. AZAB TUHAN AMATLAH KERAS.

Advertisements