Tanah Suci Makkah

by Ikhwan

Assalamualaikum…. nak kongsikan sedikit pengalaman hantar mak ana pergi haji.

Perjalanan ke Kuala Lumpur – 6.30pm

Ingatkan sepupu ana nak datang tengah hari ( lepas Jumaat ). Tunggu punya lama, tapi tak datang pon. Pukul enam baru dapat panggilan dari sepupu soh isi minyak siap-siap. dalam pukul enam setengah, baru sepupu ana sampai. Ohh…. dia sakit gigi rupanya. sampai demam-demam. ana soh dia park keta dia kat umah ana, then kami pergi kl ngan keta ana. dia datang ngan isteri dia. tengah mengandung 4 bulan. so, tak leh la nak pecut.

tapi apakan daya, highway jalan cantik, tak rosak, tak da gegaran…. ana pon drive laju-laju. sampai kat seremban, ana tukar ngan sepupu ana pulak. dia drive. ana bukan pandai pun jalan kl nih. dia pun tak taw jugak. Alhamdulillah Tuhan bagi kemudahan untuk merasai nikmat-Nya iaitu sistem GPS!!! tapi boleh tersilap jalan jugak. makin jauh jadinya…

Dah sampai kompleks Tabung Haji – 9.30

agak laju jugak la bawak keta tadi. ingat mak ana da ada kat situ. tapi tak sampai lagi. ana tunggu sekejap then mak ana sampai ngan pak su ana. InsyaAllah, ana yakin mak ana leh buat haji dengan mudah. disebabkan yang nih adalah kali yang pertama, so mak ana jadi risau skit la. biasa la tu. kita kan manusia.

lama jugak tunggu kat situ. dekat pukul satu baru dia panggil masuk untuk berangkat ke lapangan terbang.

kami menunggu dalam kesesakan orang ramai, ya…. banyak ragamnya. bukan menghina atau merendahkan mereka, tapi inilah hakikat dunia akhir zaman. sedih sangat bila tengok mereka yang tak dapat kefahaman tentang agama, terkadang ada yang menentang. di situlah kita dapat lihat batasan ilmu mereka. Ya Allah, berikanlah kami hidayah-Mu.

lepas diorang buat pengunguman soh masuk lam kompleks tu, kami pon salam-salam dan cium pipi. ada jugak yang menangis. mereka seakan-akan tidak mahu melepaskan ikatan dunia. sedangkan ikatan cinta di akhirat adalah berkekalan. ianya satu kebahagian apabila berlaku hijrah di antara keluarga. itulah sumber kekuatan bagi keluarga yang mementingkan cinta Ilahi.

Menginap di Rumah Kak Wa

Kak Wa nama gelaran bagi dia. ana tak ingat nama sebenar dia. dia nih adik kepada atok ana. rumah dia kat setiawangsa. sampai ja, terus dia keluar pergi beli makanan. aktif betul dia nih. sangat hormat pada tetamu, dan selalu dia ingatkan kami supaya datang lagi.

malam tu tak banyak yang kami bualkan, sebab terlalu letih berdiri kat kompleks tabung haji tadi. pukul 3 pagi tertidur jugak akhirnya. Astaghfirullah, subuhku tertinggal….

Kuala Lumpur kota Kesesakan

pagi tuh selepas sarapan kat rumah kak wa, kitorang keluar sekejap jalan-jalan kat kl. tak pernah dalam sejarah jalan ramai-ramai ngan family. yang last pon mungkin masa ana kecil dulu.

firstly pak cik nak pegi zoo. so kitorang pon ok je la. ada jugak yang tak nak. tapi jalan je lah. sampai je kat zoo negara, pak cik parking kat luar, ana ngan sepupu ana parking kat dalam. lah, napa pak cik tak masuk. ceh, pak cik just nak amik gambar depan zoo ja.. zzzzzz…..

lepas tu, dengan kesempatan yang ada nih, kami melawat umah saudara-mara kat kl. biasa la, adik beradik atok ada 16, adik bradik nenek ada 8. betapa ramai pak cik dan mak cik saudaraku. tak terjangkau akal memikirkan jumlah sepupuku. sangatlah ramai.

habis dah melawat, kami balik umah kak wa balik. ana ngan sepupu ana kena pulang malam tu jugak. sebab sepupu ana ada seminar keesokan harinya kat JB. ana kalau ikotkan dah balik sungai petani dah. tapi ada project tak antar lagi…. kena stay dua tiga hari.

Kematian

Sebelum berangkat pulang ke johor, kami lepak-lepak dulu kat ruang tamu. Kak Wa nih dari awal kami datang, dia asyik bersembang ja. tapi ilmunya banyak. setiap katanya, mesti disertakan dengan perkataan Allah. berbalik pada Tuhan. dia banyak crita tentang pengambilan makanan. dia concern pasal kesihatan.

malam nak pulang tu, dia kongsikan kisah kematian keluarganya. kalau tak silap ana, kakak dia. kakak dia nih dok kat alor setar. kak wa tinggal kat kl dah time tuh. kakak dia nih ada beberapa orang anak. suatu hari tu dia buat makan2 sikit. nak rai anak dia baru pulang dari mana ntah. ana lupa. ana dia nih ada sakit jantung. satu ruma riuh rendah, sebab masak ramai. bukan main meriah lagi. ibu dia tengah dok kat ruang tamu, dia datang kat ibu dia, dia cium kaki ibu dia.

“Aih, kenapa cium kaki ibu nih. ” “Mintak ampun mak. lagipon bukan selalu kita nak jumpa. mintak ampun pun time raya ja” tapi ibu dia still tak perasan lagi yang anak dia akan meninggal pukul 7.30 malam. kemudian dia datang lagi, dia bagi gelang dia kat ibu dia. ibu dia soh dia simpan balik. tapi dia kata, kalau apa2 jadi kat dia, tolong bahagikan kat keluarga dia. hurmmm… ibu dia masih tak sedar lagi…

kemudian dia datang dan berikan semua duit dia kat mak dia. lama dia kumpul duit nih. mak dia kata, kenapa bagi banyak sangat duit nih? dia kata yang nih untuk pengkuburan dia nanti. dia kata kain kapan jangan risau, dah ada ornag tolong buatkan untuk dia.

kemudian dia naik tingkat atas, dia panggil mak dia, dia kat dia pening kepala. mak dia kasik ubat. dia rehat kejap. mak dia turun bawah, siap2 makan malam, then diorang dok ramai2 nak makan sekali. diorang pelik knapa dia tak turun nih. mak dia naik atas, tengok dia tengah ucap dua kalimat syahadah, pastu terus meninggal. satu rumah terkejut. mak dia sedih sebab tak sedar anak dia dah nak pergi.

masa dia meninggal, kak wa tak taw lagi. kak wa kat kl masa tuh. tapi anak kak wa asyik menangis jek. tak henti2 menangis. diorang hairan jugak. tiba-tiba dapat panggilan suroh balik alor setar sebab ada kematian. sebut ja kematian, terus anak kak wa berhenti menangis. betapa hebat kuasa Allah Yang Maha Mengetahui. Subhanallah. diorang cepat2 pergi alor setar.

rupanya, kain kafan yang disebutkan tadi, telah pun dibuat oleh ( kalau tak silap ana ) kakak Sultan Kedah. orangnya memang suka buat kain kafan untuk wanita. tengah riuh rendah kat rumah tu, Tun Dr. Mahathir datang. “kak wan, kenapa dia meninggal?” “dia ada sakit jantung doktor.” “Oh, bagi taw saya siapa doktor yang rawat dia, saya nak jumpa.” “tak apalah, dah berlalu dah.” diorang nih baik dengan dr. Mahathir. mungkin sebab selalu pegi klinik Maha. ( kurang pasti ) Alhamdulillah, selamat dikebumikan.

kisah nih, just nak menginatkan kita bahawa adalah pemutus hubungan kita dengan amal. apabila mati, maka tiada lagi masa untuk beramal.

Kaki botol

ni satu lagi kisah yang Kak Wa critakan. kat malaysia jugak. dia nih kuat minum arak dan main kad. judilah jawabnya. bila datang ja time azan, dia akan mengamuk tak tentu arah. nilah manusia yang dalamnya adalah syaitan.

suatu hari tuh, dia marah sangat dengan azan nih. dia panjat tiang masjid tu, dan dia potong wayar speaker. lihatlah betapa hinanya hamba ini. Allah nak balas balik dosa dia nih, suatu hari dia tengah mabuk, dia minum lagi sampai dia mati. tangan kanan dia genggam arak, tangan kiri dia genggam kad pakau. tak boleh nak bukak genggaman dia. kuat sangat. sampai terpaksa potong tangan dia.

Kisah Makkah 1

Kak Wa ceriata lagi. cerita ni dia baca dari surat khabar. sekadar nak kongsikan bersama. ada sorang hamba Allah nih, semasa dia menunaikan haji, dia ternampak seorang wanita pakai tudung labuh. dia kata macam katak. dia just cakap main-main ja. just nak gurau ja. tetapi lihatlah betapa Allah sayang pada wanita yang bertudung labuh ni, dan Allah memelihara kesucian wanita tersebut.

masa lalki tu nak balik hotel, dia balik dalam terlompat2 macam katak. orang semua hairan tengok dia. masuk lam bilik, dia lompat tak tentu arah. orang marah soh dia duduk diam. tapi dia rasa nak lompat jugak. kulit dia jadi mengelembung macam kulit katak. then orang smua pegang dia dan tanya apa dosa yang dia buat. baru teringat dia kata kat pompuan tudung labuh tuh.

diorang tarik dia pergi depan kaabah soh dia mintak ampun. kemudian Allah sembuhkan dia balik. lihatlah betapa telitinya Allah menilai seseorang hamba itu. sekalipon ia hanya gurauan.

Kisah Makkah 2

yang ni pon diambil dari surat khabar. sorang pompuan nih, memang mulut dia celupar skit. suatu hari masa dia pergi nak buat haji, dia menghina Allah subhanu wataala. dia kata hajarul aswad sebagai kemaluan wanita, dan tiang kaabah sebagai kemaluan lelaki. habis ja dia cakap camtu, terus dia menjerit sekuat hati. sakiiiiitttt!!!! dia lari lintang pukang. kemudiannya dia kembali insaf.

orang ramai bertanyakan apa yang terjadi padanya. rupanya dia telah ditampar oleh malaikat dengan tamparan yang sangat kuat sehingga dia rasa nak tercabut kepala dia. Subhanallah. Kuasa Allah.

sesungguhnya akhlak mulia itu sangat penting.

Pesanan Kak Wa

Kak Wa nih pandai dalam ubatan. dia pesan, kalau ambil pil make sure you take a lot of drink. supaya ubat tu hancur. dan jangan minum air sejuk. ubat tak hancur nanti.

dia pesan lagi, jangan takut nak tanya doktor tentang sakit kita. “doktor, brapa darah tinggi saya” “oh, tak tinggi sangat” pesakit nih balik rumah dan makan tak ingat dunia. silap tu. tanya doktor secara tepat, supaya kita merancang pemakanan yang baik.

dia kata, make sure you jumpa dengan doktor yang benar2 bagus. Kak Wa ada pengalaman dalam kes macam nih. sorang nih dia sakit jantung. satu hari jantung dia block. tinggal satu lorong ja. ( lorong? maaf ana tak taw nama dia ). jantung dia berdegup kuat sangat. doktor tu kata, tak pa kita masukkan ubat dalam badan dia, bagi kurangkan kepekatan darah dia. cucuk je jarum, darah pancut laju. satu katil penuh darah. nahas la doktor nih. doktor tu kata, kena bawak cepat pergi hospital pakar. time tu kat kedah. dia soh pegi kl. giler ape dah tahap nazak kot. Kak Wa dah nak marah dah. last skali hantar guna helikopter. sampai ja kl, doktor sana tanya siapa nama pesakit nih.

dengar je nama pesakit tu, doktor tu marah. “hey, this patient should come to me one month ago!!” “eh, kami tak dapat panggilan pon.” “habis tu doktor mana yang urus pesakit nih? bagi saya nombor dia.” Kak Wa bagi nombor doktor kat kedah tu. dia pon call. dia maki hamun kat doktor tuh. “STUPID!!!!, 7 tahun belajar pon masih tak boleh nak handle lagi. He is dying then you send to me.”

hurm… tu lah akibatnya kalau kita tak mengambil langkah berjaga-jaga. pastikan doktor tu bagi layanan yang baik. jangan cari doktor yang jenis soh makan ubat je. cari doktor yang suka bagi nasihat. yang tu lah doktor pakar.

Berangkat pulang – 9.40 pm

habis bersalaman, ana pon balik johor. abiskan assignment, then balik umah. jaga adik pulak… ^^

sekian perkongsian ana…. Assalamualaikum ( salam sejahtera seperti mana yang diucapkan oleh ahli syurga. Sebarkanlah )

Advertisements