3 Kebahagiaan Umar

by Ikhwan

Maaf sebab ana lupa kata2 Umar al-Khattab…. hanya kesimpulannya ana nak fokuskan….

ada 3 perkara yang membahagiakan hidup Umar…

  • ibadah
  • jihad
  • ilmu

inilah kesempurnaan hidup seorang insan yang layak digelar hamba…. yang telah dipilih sebagai ahli syurga… yang sebelum memeluk islam, Nabi sentiasa berdoa supaya Allah memberikan hidayah padanya… dialah hamba yang ketika masih hidup lagi telah diberikan istana di syurga…

wahai sahabat. inilah masanya yang paling sesuai. masa yang paling sempurna untuk kita mentelaah sirah2 para nabi dan sahabat. pasti kalian akan lihat dengan jelas betapa mulianya kehidupan mereka. betapa tingginya nilai kerohanian dalam diri mereka. betapa besarnya semangat jihad mereka.

apakah kalian dapati bahawa mereka ini lalai dalam setiap saat hidup mereka? apakah kalian dapati bahawa malam mereka dihabiskan untuk berfoya-foya? tidak!!!

Siangnya adalah khalifah Allah….. Malamnya adalah Hamba Allah…..

telahpun terbukti kejayaan pemerintahan Islam ketika ini…. suatu pemerintahan yang sangat stabil dan sistematik…. pemerintahan yang sangat terkenal dengan keadilannya….

Solusinya….

  • menajaga hubungan dengan Allah
  • mengikuti sunnah Rasulullah
  • mengambil Al-Quran sebagai jalan penyelesaian
  • menjadikan Hadis sebagai penyelesaian masalah yang rumit
  • kehidupan secara berjemaah
  • mengutamakan Akhlak yang ditunjukkan Rasullah
  • tidak jemu menimba Ilmu

Ketahuilah saudaraku, bahawa masamu terlalu singkat….

Advertisements