Khalifah

by Ikhwan

Muhammad sangat cintakan ummatnya

Dunia tanpa khalifah dan dunia dipimpin khalifah…. Ya… Dua sistuasi yang sangat berlainan kesannya… dua situasi yang sangat penting untuk dijadikan satu isu yang besar bagi para pemimpin setiap negara… kalian sibuk membincangkan isu kenaikan harga mata wang, harga itu dan ini, pendidikan, tapi kalian tidak pernah pula duduk berbincang bersama rakyat, bagaimana kita hendak mengambalikan sistem khalifah….

adakah kalian risau tentang kedudukan kalian? adakah kalian risau dengan kuasa untuk kalian bebas bergerak? sudah masanya untuk kalian mengetahui bahawa hanyalah Allah yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu yang kamu miliki….. kamu tidak percaya pada Allah? terpulang pada kalian…. sesungguhnya kebenaran telah ada di depan mata kalian….

ingatlah bahawa kalian akan disoal oleh Allah suatu hari nanti….

Khalifah? pentingkah? Ya…. sangat penting…. gunakan minda kelas pertama kalian untuk mengkaji semula sejarah kegemilangan umat Islam ketika dahulu kala… kalian pasti menemui suatu kejayaan yang kalian belum perah rasai ketika ini…. andai kalain mahu Islam menguasai dunia, maka fikirlah dengan minda yang Allah berikan pada kalian….

sekiranya anda memikirkan ianya tidak penting, maka teruslah membenarkan arak, rokok, dadah, feseyan dan segala tipu daya syaitan menguasai hati para manusia…. membendung mengambil masa… tapi menyekat, bukankah ia suatu perkara yang mudah? adakah kalian takut untuk mengalami kerugian? ketahuilah, pemerah anggur untuk membuat arak juga, turut menanggung dosa, mungkin lebih dari si peminum arak.

Janganlah kalian takut untuk menegakkan sesuatu yang telah sahih kebenarannya!!! saya tidak mencabar kalian, tetapi saya risau sekiranya di akhirat kelak saya akan ditanya adakah saya mengingatkan kalian tentang Tuhanku….

Advertisements