Materialistic

by Ikhwan

"harta apa yang hendak kamu bawa pulang ke alam akhirat?"

Assalamualaikum… bagi post kali, ana nak membincangkan mengenai sikap kebendaan yang menjadi perbincangan dalam forum wacana PLM 2010 yang baru-baru ini diadakan di Putrajaya.

Dalam dunia yang serba mewah ini, manusia lebih gemar untuk memiliki pelbagai benda yang dapat menghiburkan hati. Ataupun mahu memiliki sesuatu yang lebih elok supaya dapat memenuhi tuntutan nafsu. sikap ini membuatkan diri mereka menjadi semakin tamak dan ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T. dalm surah Al-Humazah ayat 1-3:

“Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela. Yang mengumpul harta serta menghitungnya. Dia mengira bahawa hartanya dapat mengekalkannya”

Dalam ayat ini Allah telah menjelaskan bahawa harta benda yang dimiliki tidak akan dapat mengekalkan mereka di atas muka bumi ini. mereka ini adalah golongan yang mengumpulkan harta dengan sebanyak-banyaknya lalu berkira-kira untuk digunakan terhadap jalan Allah. mereka ini lebih suka sekiranya harta ini dibelanjakan hanya untuk diri mereka sahaja.

setelah itu timbullah persepsi buruk berkenaan kegiatan ekonomi. terdapat segelintir masyarakat yang beranggapan bahawa kita tidak boleh terlalu berusaha keras untuk mencari harta. kerana mereka beranggapan bahawa ianya adalah salah disisi Allah S.W.T.

ingatlah bahawa tanggapan seperti ini hanya akan melemahkan kedudukan umat Islam.

bagaimana hendak kita bangkitkan agama kita sekiranya Islam tidak menguasai ekonomi. dari mana datangnya masjid-masjid yang terbina kukuh? adakah ia tertegak dengan sendirinya?

apa yang kita mampu lakukan hanyalah mengagumi kejayaan barat dan menyanjung inovasi mereka. malahan menjayakan lagi program-program yang dilancarkan oleh mereka. tidakkah kalian sedar bahawa duit yang kalian keluarkan itu disalurkan untuk ekonomi barat. tidak ada sedikit pun dari wang yang berada di tangan barat digunakan untuk pembinaan masjid.

masyarakat Islam seharusnya mempunyai kesedaran dalam menguasai ekonomi tidak kira dalam apa jua bidang keusahawanan. bermula dari gerai kecil sehinggalah kepada pasaraya yang membekalkan produk-produk yang dihasilkan oleh tangan muslim sendiri. penguasaan ekonomi bukan sahaja menjamin pembangunan negara Islam secara halal, malahan ianya menjadi suatu keutamaan apabila terdapat masyarakat yang lebih memerlukan bantuan dari segi harta benda.

tanpa mengira taraf, ekonomi ini haruslah dikuasai dalam apa jua keadaan sekalipun. apa jua bidang keusahawanan haruslah dijalankan. terutamanya bagi organisasi yang telahpun merasakan tanggungjawab mereka dalam usaha menegakkan ekonomi islam. organisasi ini haruslah merancang bagaimana hendak menguasai ekonomi dengan cemerlang serta bersih jalan kerjanya.

harta yang datang dari tangan umat Islam adalah harta yang halal. harta yang datang dari tangan umat Islam adalah harta yang dapat dinikmati oleh seluruh umat Islam. apabila seluruh umat Islam menguasai ekonomi, serta merta ekonomi negara akan meningkat. mengapakah perkara seperti mampu untuk dilakukan? ini kerana Rasulullah telah menerapkan dalam diri kita mengenai kehidupan secara zuhud.

apabila seseorang individu itu menjalani kehidupannya secara zuhud, maka harta yang diperolehinya dapat digunakan untuk memenuhi tanggungjawab yang lain. inilah yang akan menstabilkan taraf kehidupan seluruh rakyat manusia.

Islam sentiasa menitik beratkan soal hak. Islam adalah agama yang lengkap melengkapi dalam menjaga pelbagai permasaalahan. nilailah Islam dengan persepsi ayng terbaik. dan kamu akan dapati bahawa apa yang dibawa oleh Islam, adalah demi kepentingan manusia.

bersama-samalah kita menyumbang segala apa yang kita ada untuk menegakkan kembali agama Allah. Allahu Akbar!!!!

Advertisements