Bukti Benarnya Kewujudan Syurga

by Ikhwan

Assalamualaikum…. hurm… bagi mereka yang sedang menjalakan misi dakwah… tentu kalian akan bertemu dengan golongan yang belum mencapai tahap keyakinan yang mendalam terhadap janji Allah iaitu Syurga.

Sebilangan manusia menganggap bahawa wujudnya hidup selepas kematian sama ada dalam bentuk dunia yang sama mahupun kehidupan yang tiada masalah. bergantung terhadap fahaman masing. bagi yang menganut agama Islam, Allah menerangkan bahawa Syurga dan Neraka adalah tempat kembali. sudah tentu amat sukar bagi mereka yang baru sahaja memeluk Islam dapat meyakini bahawa wujudnya syurga selepas kematian sebagai hadiah.

Allah s.w.t adalah Tuhan yang mempunyai nama-nama yang baik bagi mewakili sifat-Nya. salah satu daripadanya ialah Ar-Rahim iaitu penyayang. dan juga Dia adalah Maha Berkuasa dan Maha bijaksana. kebijaksanaan Tuhan menciptakan manusia adalah kerana dia melahirkan hati di dalam diri manusia. dari hati timbul perasaan benci, sayang, kasihan dan macam-macam lagi. Sungguh hebat ciptaanNya.

Namun Dia telah menetapkan kematian bagi setiap yang hidup. adakah tuhan terlalu kejam kerana mematikan hambanya setelah melahirkan perasaan cinta sesama hambanya ketika  di dunia? inilah buktinya. jikalau Allah itu maha penyayang, sudah pasti Dia mempunyai tujuan yang baik bagi mematikan hambaNya. hamba yang baik, dibalas dengan kenikmatan penuh kasih sayang. manakala yang berbuat jahat, adakah mati begitu sahaja? sudah tentulah hukuman Allah yang Maha Adil perlu dilaksanakan bagi mereka yang melakukan kerosakkan di muka bumi.

banyakkanlah berfikir tentang ayat-ayat Allah wahai para sahabat. sayang antum… 🙂

Advertisements