Demi Masa

by Ikhwan

Tuhan telah bersumpah dengan masa…. malam, siang, dhuha, subuh, senja…. Tuhan telah pun memberi kita langkah untuk mendapatkan syurgaNya. wahai sahabat sekelian, fikirlah dengan lebih mendalam tentang ayat2 Allah…. kerana Al-Quran itu kekal hingga hari kiamat…. untuk mendapatkan syurga yang kekal selamanya, apakah tindakan yang perlu kita ambil?

Pertama : Orang yang beriman… orang yang beriman adalah orang yang meyakini dengan semua rukun iman yang enam…. iman itu datang dari hati yang bersih…. kerana itulah hati sangat penting untuk dijaga…. manusia yang membenci kekufuran, dan berasa senang ketika melakukan kebaikan, maka dialah seorang mukmin. beriman kepada Allah, akan membuatkan diri kita sentiasa mengingatiNya…. dengan ini, kita akan kurang melakukan dosa…. dengan mencintai Rasulullah, akhlak Baginda dijadikan ikutan, jihad menjadi jalan utama….

Kedua : Melakukan amal soleh… tidak hairanlah kalau ada segelintir manusia yang hanya berpegang kepada niat. inilah akibatnya apabila Quran ditinggalkan… amal merupakan bukti keimanan seseorang hamba kepada tuhannya… lihat saja amalan orang itu, kita sudah tahu dia orang yang baik… amal soleh dapat membuatkan orang lain berasa senang dengan kita… amal soleh membentuk diri menjadi hamba yang taat pada Tuhan….tidak sempurna iman sekiranya tidak disertakan dengan amalan….

Ketiga : sampaikanlah peringatan pada jalan kebenaran…. itulah satu tanggungjawab buat kita… fikirkanlah… sememangnya Allah mempunyai malaikat2 yang kuat dan gagah untuk melindungi agamaNya…. tetapi mengapa kita diminta untuk menjadi tenteraNya? ini kerana Tuhan telah mengangkat kita sebagai khalifah di muka bumi ini….

Keempat : Pesanlah dengan kesabaran… inilah perkara yang paling penting… kesabaranlah yang menjadi tiang bagi segala akhlak mulia…. dengan bersabar, hilang rasa tamak…. dengan sabar, hilang segala penyakit hati… ini kerana Allah ada bersama2 orang yang bersabar… dengan bersabar, langkah lebih berhati-hati…. dengan sabar, membuatkan Allah lebih menyukai hambaNya… maka segala amal dapat dilakukan dengan mudah… InsyaAllah….

semoga kata2 yang pendek ini dapat memberi ransangan pada jiwa kita untuk memperbaiki amal ibadah…

Advertisements