Senyuman

by Ikhwan

"akhlak" tunjang kemajuan ummah

Assalamualaikum… panjatkanlah setinggi-tinggi rasa syukur pada Allah subhanahu wataala…. dengan takdir dan nikmat yang Allah sudah tentukan kepada hamba-Nya, dapat juga kita memasuki tempoh terakhir Ramadhan…. iaitu 10 malam terakhir… dimana Allah telah berfirman bahawa lailatul qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan…. marilah kita sama-sama berusaha supaya dengan ganjaran yang ditawarkan Allah itu, dapat mendekatkan diri kita dengan Allah subhanahu wataala….

sahabat2 yang ana kasihi….

ana bukanlah hamba Allah yang rabbani…. bukanlah hamba yang sentiasa mengingati-Nya…. hanyalah manusia yang sering melakukan dosa terhadap maha pencipta…. cuma selagi Allah masih memberikan ana peluang untuk bernafas…. insyaAllah ana akan gunakan masa ini untuk memberikan pesanan… dimana ana terlihat dikalangan kita masih ada sedikit kekurangan…. ya… memang benar kebanyakan kita memiliki jiwa yang murni, iman yang tinggi dan semangat jihad yang berkobar-kobar… tapi kita kena ingat, andai kata kita mahu meneruskan perjuangan Baginda Rasulullah S.A.W., beringatlah bahawa Baginda mempunyai budi pekerti yang sungguh baik…. Baginda diumpamakan sebagai Quran yang bergerak….

Baginda tidak pernah memandang sahabatnya kecuali dengan senyuman…. baginda tidak pernah merendahkan sahabatnya dikhalayak ramai…. baginda tidak pernah berjabat tangan sambil menoleh kearah lain…. baginda sangat menyayangi sahabatnya…. baginda tidak membuatkan sahabatnya bersusah hati…. pelukan baginda pasti dihiasi dengan air mata cinta….

andai kata kita berdiri sambil berkata, “aku adalah khalifah”, buktikanlah bahawa kita adalah umat Nabi Muhammad S.A.W. ana cukup benci bila orang bersalaman dengan ana, hanya sekilas pandang…. berlalu tanpa senyuman…. busy?? 2-3 saat pun busy ka????? masyaAllah….

jagalah akhlak… ana lihat akhidah manusia semakin merosot…. namun apabila Allah menunjukkan bukti keesaanNya maka mereka kembali dengan akhidah yang sangat mantap…. namun akhlak mereka semakin hilang….

*kadang-kala gurauan hanya mengguris perasaan… kerana manusia diciptakan dengan akal dan nafsu…..

Advertisements