Ambil ringan

by Ikhwan

Assalamualaikum…

hurm… aneh bercampur hairan melihat perangai manusia… sungguh pelik… dikatanya diri ini benar walhal aku tak nampak dimana kebenarannya itu… hurmm…

kad pengenalan tulis… ISLAM… baguslah kalau Islam… tapi yang pelik nya knapa tak ambil berat tentang Islam? dari perkara yang remeh apatah lagi yang berat…. MasyaAllah… Astaghfirullah…

ada saya kesah orang nak bising2 kat saya? saya baca Quran dan saya fahamkan… kemudian saya berkata2 berdasarkan kalam Allah yang benar itu…

hurm…. saya terfikir sejenak… kad pengenalan tulis ISLAM… tapi tak ikut pon macam yang Allah perintahkan… adakah golongan ini mempertikaikan kebenaran Al-Quran… boleh jadi mereka tak baca langsung…

saya berkata2 bukan untuk menyindir… tapi hendak memberi peringatan… alaaaa… macam orang selalu kata… tak best la makan sorang2… macam saya jugak… saya kata… sedih nak lihat mereka yang tersenyum manis itu dihumban ke dalam neraka….

bukan apa… sedih sebab mereka kata mereka nak masok syurga… tapi tak ikut pun apa yang Allah perintahkan….

segelintir mereka hidup dengan selamba… cooooolll… senang kata tak perlu lah nak baca Quran… sebab tu lah mereka tak jumpa ayat nih…

“Dan katakanlah pada perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya dan janganlah menampakkan perhiasaannya (auratnya)……” -An-Nur:31-

ayat yang saya Bold kan itu tidak berada dalam kurungan… maknanya itu bukanlah ayat yang tersirat… itu adalah perintah yang jelas diturunkan dari Allah S.W.T. dan jelaslah ayat ini diturunkan kepada wanita ISLAM… renungkanlah…..

bermula dari pandangan, Allah memerintahkan kita untuk jaga pandangan… kenapa banyak maksiat yang berlaku? semuanya kerana pandangan…

bukanlah kalam Allah itu diturunkan untuk wanita sahaja…

“Katakanlah kepada lelaki yang beriman agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” -An-Nur:30-

memang la best usyar awek… dah awek tu cantik… ciptaan Allah sememangnya indah… tapi ingat… disebalik keindahan tu ada tipu daya syaitan… syaitan telah berjanji bahawa akan menyesatkan kita sampai ke hari akhirat…

ingatlah… peperangan yang paling sukar adalah berperang dengan hawa nafsu… tapi hadiah nya adalah yang paling lumayan…

it’s up to you… which one do you want… dunia yang sementara atau syurga yang kekal…..

Ya Allah…. lindungilah keimanan kami…

Advertisements