Amalan ringan

by Ikhwan

Sehari adalah 24 jam… tapi tak tentu lagi esok 24 jam tu akan jadi milik kita… tak tentu lagi wahai sahabatku… dan dalam masa 24 jam tu macam-macam perkara yang kita buat… dalam banyak-banyak perkara yang kita buat tu, adakah semua pekerjaan yang kita lakukan itu kerana Allah S.W.T??? andai kata bukan kerana Allah, maka segala amalan kita adalah suatu kerugian yang amat besar.

24 jam itu ibarat kematian… jika umur kita 20 tahun… maka kita membazirkan usia kita dibumi selama 20 tahun…

adakah terlalu sukar untuk mengucapkan bismillah sebelum melakukan sesuatu pekerjaan?

adakah terlalu sukar untuk melafazkan ucapan alhamdulillah setelah selesai melakukan sesuatu pekerjaan?

ingatlah bahawa sekadar solat lima waktu belum menentukan bahawa Syurga adalah milik kita… setelah Allah menilai solat fardhu kita, Allah akan menilai pula setiap amalan yang kita lakukan… moga-moga dengan amalan yang kita lakukan itu dapat menyelamatkan kita dari azab api neraka…

Advertisements