Surat dari Hati :)

by Ikhwan

Surat dari hati buat saudara yang mendahagakan tarbiyah…

“Ketika hatiku khusyuk mengadap Engkau Ya Allah…. ketika mata terpejam… mata hatiku terbuka… Allah…. Ya Tuhan… sungguh bahagia hidupku ketika Kau memandang kearah ku… ketika aku panas… Kau datangkan angin yang lembut…. membelai jiwaku… membuatkan mulutku terus mengucap kata-kata syukur buat-Mu….

Tapi… kadang-kala aku melupakan-Mu Ya Allah… aku tersungkur dan bergelumang dalam dosa semalam… banyak kali aku ulangi… banyak kali aku meminta ampun…. aku masih mengulanginya lagi… dan ketika itulah aku merasakan seperti aku telah kehilangan segala-galanya…. perlindungan dari-Mu seakan-akan telah tiada lagi… aku menjadi semakin lemah… dan terus bergelumang dalam kemaksiatan…. Ya Rabbi… lindungilah aku… kuatkanlah iman ku….

Aku mahukan cinta-Mu Ya Allah… jiwaku pasti menjadi tenang… 🙂 bawalah aku dan tunjukkanlah aku jalan yang terbaik… kiranya dosa itu datang lagi… Kau bukakanlah hati ku… dosa itu melemahkan aku dan menjauhkan aku dari terus mencintai-Mu”

Advertisements