cahaya subuh seindah senyuman mawar

by Ikhwan

mawar putih yang jatuh itu baru sahaja ditiup angin

lembut menyentuh tanah yang gersang

layu dek masa yang berlalu

layu bersama wangiannya

hurmm…

namun kutemui suatu yang tak akan terputus

tak mungkin ia akan tertanggal dari dahannya

dahan pautan kasihmu wahai sahabat

tak akan layu selama mana pun

tak akan hilang wangian cintamu

angin bertiup lembut

menyentuh bibirmu yang sedang mencuba

mencuba untuk mengukir sesuatu

semakin lama ku melihat usahamu itu

cinta ini kian mendalam

itulah ukiran yang sangat manis

tapi….

aku terlihat semalam ada air yang mengalir di pipi mu

sahabat….

janganlah ditangisi akan pemergian kita nanti

telahpun tertulis bahawa syurga milik yang beriman

pautlah pada dahan yang mengukuh atas nama-Nya

dahan itu tak mungkin akan patah

kecuali dengan izin Yang Maha Pencipta

hurmm…

langit subuh menenangkan bumi wakafan

mengingatkan aku pada syurga Ilahi

seribu kata belum dapat membicarakan nikmat itu

tinta selautan juga tak akan mampu

hurmm…

semalam aku terlihat lagi

bukan hanya sekuntum

kembang tanpa kuncup

teguh menadah hujan

seakan tersenyum

tanah gersang itu kembali menghijau

mensyukuri segala nikmat dan ujian

tersedarlah seluruh jiwa

tiadalah suatupun yang setandingnya

kata Ilahi

cahaya yang menyuluh

kalimah yang benar

Al-Busyra yang menenangkan

juga Asy-Syifa’

Advertisements