Al-Quran itu “Nur”

by Ikhwan

tiada harga yang setanding petunjuk Ilahi

Bukanlah kemanisan dunia yang dikejar… tetapi impianku adalah menjadi hamba yang bertaqwa pada-Nya… kerana itulah aku mahu mengejar keredhaan-Nya…

Sesungguhnya hidup di dunia ini terlalu singkat dan ingatlah bahawa kehidupan akhirat itu adalah selamanya…

Sememangnya syurga itu hanya milik orang yang beriman…

Dan orang yang beriman itu adalah orang yang mendapat petunjuk dari Allah dan mendapat cahaya dari Al-Quran yang benar…

Bacalah Al-Quran dan penuhilah kata-kata Allah itu dalam hatimu kerana ia adalah petunjuk ke arah jalan kebenaran, pemberi ketenangan dan jalan penyelesaian segala masalah…

Bacalah Al-Quran itu dengan alunan suara yang merdu dan perlahan… sesungguhnya ia dapat menenangkan jiwamu…

Dari Baara’ r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: Hiasilah Al-Quran dengan suaramu yang baik kerana membaca Al-Quran dengan suara yang merdu itu menambahkan lagi keindahan Al-Quran…

Dan bacalah Al-Quran dengan suara yang perlahan dan janganlah meninggikan suaramu kerana ia dapat menimbulkan sifat riya’ dalam diri…

Ingatlah bahawa kalam Allah itu adalah lengkap-melengkapi dan tiada cacat cela… yang membawa seseorang yang jahil itu pada jalan kebenaran… hafallah Al-Quran kerana ia dapat memenuhi hatimu… dan barangsiapa yang tidak menghafalnya ibarat rumah yang kosong… apabila rumah itu penuh dengan penghuni maka bertambah cerialah suasana rumah itu…

Mengapa kita mengalami kemunduran? mengapa dunia mengalami kemelesetan? mengapa manusia kelihatan seperti kehilangan pegangan? kerana kita telah meninggalkan Al-Quran…

Janganlah kita tinggalkan kalam Allah sehingga Allah membenci kita… janganlah sehingga Allah mengunci hati kita dari menerima kebenaran…

Advertisements